Kesan penggunaan ABBM dalam mata pelajaran C 213 Teknologi Binaan dan Bahan : kajian kes di Politeknik Kota Bharu

Perkembangan teknologi pada hari iill telah membawa perubahan dalam bidang pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya hanya bergantung kepada penggunaan kapur dan buku teks kini telah digantikan dengan penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang lebih efektif. ABBM merupak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Iberahim, Zuhaida
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8577/1/24p%20ZUHAIDA%20IBERAHIM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8577/2/ZUHAIDA%20IBERAHIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8577/3/ZUHAIDA%20IBERAHIM%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan teknologi pada hari iill telah membawa perubahan dalam bidang pendidikan. Proses pengajaran dan pembelajaran yang dahulunya hanya bergantung kepada penggunaan kapur dan buku teks kini telah digantikan dengan penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) yang lebih efektif. ABBM merupakan sumber yang digunakan oleh guru bagi membantu menyampaikan pengajaran dengan lebih sistematik. Ianya terdiri daripada sumber yang boleh digunakan untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran seperti video, model, gambarajah, carta dan lain-lain. Penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat berkesan kerana ianya boleh meningkatkan kefahaman pelajar. Irll bermakna penggunaan ABBM mampu memberikan pengetahuan pada tahap maksimum dalam satu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui penggunaan ABBM unsur-unsur teknologi boleh digunakan untuk meningkatkan lagi minat pelajar terhadap pembelajarannya. Berdasarkan kenyataan ini satu kajian dibuat terhadap kesan penggunaan ABBM dalam mata pelajaran C 213 Teknologi Binaan dan Bahan. Objektifkajian ini adalah untuk melihat kesan penggunaan ABBM ke atas pencapaian pelajar berdasarkan ujian pra dan ujian post yang telah diberikan. Kajian ini juga meninjau perubahan sikap pelajar terhadap penggunaan ABBM. Sampel yang digunakan ialah pelajar kursus Ukur Bahan yang sedang mempelajari mata pelajaran C 213 Teknologi Binaan dan Bahan di Politeknik Kota Bharu. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian apabila ABBM digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, manakala perubahan sikap pelajar terhadap penggunaan ABBM adalah sangat positif. Oleh itu penggunaan ABBM dalam mata pelajaran C 213 Teknologi Binaan dan Bahan adalah sangat berkesan.