Web usage mining for UUM learning care using association rules

Ledakan maklumat di dalam gerbang Web menjadikannya pilihan terbaik bagi penyelidikan perlombongan data. Aplikasi bagi teknik perlombongan data bagi gerbang Web dirujuk sebagai perlombongan Web dan telah digunakan dalam tiga pendekatan yang berbeza; Perlombongan Isi Web, Perlombongan Struktur Web...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ramli, Azizul Azhar
格式: Thesis
語言:English
出版: 2004
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/8581/1/24p%20AZIZUL%20AZHAR%20RAMLI.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Ledakan maklumat di dalam gerbang Web menjadikannya pilihan terbaik bagi penyelidikan perlombongan data. Aplikasi bagi teknik perlombongan data bagi gerbang Web dirujuk sebagai perlombongan Web dan telah digunakan dalam tiga pendekatan yang berbeza; Perlombongan Isi Web, Perlombongan Struktur Web dan Perlombongan Penggunaan Web. Pembelajaran Elektronik adalah salah satu aplikasi di dalam gerbang Web dimana ianya akan berhadapan dengan jumlah data yang sangat besar. Bagi menghasilkan corak penggunaan portal dan amalan pengguna, kajian ini akan mengimplimentasikan proses aras tinggi bagi perlombongan penggunaan Web menggunakan algoritma asas bagi Peraturan Kesatuan - algoritma Apriori. Perlombongan penggunaan Web mengandungi tiga fasa utama iaitu Preprosesan Data, Penjelajahan Corak dan Analisis Corak. Sumber utama iaitu data mentah adalah terdiri daripada failfail log pelayan dan ianya perlu melalui fasa-fasa dalam perlombongan penggunaan Web bagi menghasilkan keputusan akhir - set peraturan. Dengan keupayaan teknik perlombongan data, pendekatan perlombongan penggunaan Web telah digabungkan dengan asas Peraturan Kesatuan, algoritma Apriori bagi mengoptimumkan kandungan portal Pembelajaran Elektronik universiti. Akhir sekali, kajian ini akan membentangkan keputusan serta analisisnya supaya pihak pengurusan Web boleh menggunakan segala keputusan tersebut untuk tindakan bemilai yang sewajarnya.