Pembangunan modul pengaturcaraan C CD-ROM interaktif bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penggunaan CDROM Interaktif sebagai modul pengajaran dan pembelajaran Pengaturcaraan C bagi pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Terdapat tiga objektif utama kajian iaitu me...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Ishak, Junaliza
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2002
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/8586/1/24p%20JUNALIZA%20ISHAK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8586/2/JUNALIZA%20ISHAK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8586/3/JUNALIZA%20ISHAK%20WATERMARK.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan penggunaan CDROM Interaktif sebagai modul pengajaran dan pembelajaran Pengaturcaraan C bagi pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Elektrik, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Terdapat tiga objektif utama kajian iaitu mengenal pasti satu perisian multimedia pendidikan bagi mata pelajaran Pengaturcaraan C yang bersifat interaktif yang menggabungkan elemen-elemen seperti teks, grafik, audio, video dan sebagainya bagi menarik minat dan keseronokan belajar, mengenal pasti satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran baru yang berorientasikan komputer bagi subjek Pengaturcaraan C dan membentuk budaya teknologi maklumat di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Kajian ini telah dijalankan di KUiTTHO, Batu Pahat, Johor. Seramai 30 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar semester pertama sesi Jun 2002, Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) yang mengambil matapelajaran Pengaturcaraan C (BTI 1022) yang telah dipilih secara rawak. Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk dapatan dari soal selidik terhadap responden. Segala data dan maklumat yang telah diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden akan diproses dengan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) for windows. Dapatan juga menunjukkan responden bersetuju bahawa perisian pendidikan multimedia yang dibangunkan berupaya meningkatkan pembelajaran mereka dan ciri-ciri multimedia yang diselitkan menarik serta boleh meningkatkan motivasi diri pelajar. Kesimpulannya CD-ROM Interaktif yang dibina beijaya menarik minat dan menambahkan keseronokan pelajar mempelajari mata pelajaran Pengaturcaraan C.