Pengolahan kandungan logam berat daripada tanah yang diaplikasi dengan enapcemar domestik melalui kaedah tanah pertanian

Kehadiran logam berat di dalam enapcemar domestik menyukarkan proses rawatan dan pelupusan bahan tersebut. Salah satu kaedah yang berkesan ialah melalui pengaplikasian bahan tersebut kepada tanah pertanian. Kaedah ini dipilih berdasarkan kandungan enapcemar yang mempunyai unsur nutrien yang diper...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ridzuan, Mohd Baharudin
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2005
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/8617/1/24p%20MOHD%20BAHARUDIN%20RIDZUAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8617/2/MOHD%20BAHARUDIN%20RIDZUAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8617/3/MOHD%20BAHARUDIN%20RIDZUAN%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kehadiran logam berat di dalam enapcemar domestik menyukarkan proses rawatan dan pelupusan bahan tersebut. Salah satu kaedah yang berkesan ialah melalui pengaplikasian bahan tersebut kepada tanah pertanian. Kaedah ini dipilih berdasarkan kandungan enapcemar yang mempunyai unsur nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran tumbuhan, selain menggalakkan proses kitar semula bahan terbuang disamping kos pengendalian yang rendah. Kajian ini bertujuan untuk menentukan kandungan logam berat di dalam enapcemar domestik dan mengolahnya melalui kaedah tanah pertanian. Kajian ditumpukan kepada enapcemar domestik daripada empat (4) jenis loji rawatan iaitu enapcemar teraktif, kolam pengoksidaan, lagun berudara dan tangki septik. Enapcemar diaplikasikan kepada tanah pertanian pada kadar 0 tlm2, 2 tlm2, 4 tlm2, 6 tlm2, 8 tlm2 dan 10 tlm2 secara semburan permukaan kepada sel aplikasi yang berkeluasan 0.091 m2 • Sel-sel ditanam dengan tigajenis tanaman secara berasingan iaitu kangkung (ipomoea aquatica), bayam (spinacea oleracea) dan sawi (brassicajuncea) dan ditempatkan di kawasan yang terbuka dengan dilindungi oleh bumbung telus cahaya supaya menyamai persekitaran semulajadi dan membenarkan kawalan kelembapan tanah dilakukan pada 60 peratus. Analisis penyerapan logam berat oleh tumbuhan kajian dilakukan terhadap tiga keratan rentas iaitu bahagian akar, batang dan daun tumbuhan. AnaIisis yang dilakukan melalui peralatan Plasma Gandingan Aruhan - Spektrometer Jisim, (ICPMS) mendapati enapcemar domestik mengandungi logam aluminium (AI), kadmium (Cd), kromium (Cr), kuprum (Cu), ferum (Fe), plumbum (Pb), nikel (Ni), mangan (Mn), dan zink (Zn). Pengambilan logam oleh tumbuhan kajian pada kadar aplikasi enapcemar yang berbeza menunjukkan wujudnya hubungan di antara parameter tersebut secara polinomiaI. Sementara kajian pemekatan logam pada bahagian tumbuhan mendapati logam lebih cenderung untuk memekat pada bahagian akar berbanding batang dan daun tumbuhan. Secara keseluruhannya, kajian ini beIjaya menYUkat kandungan logam berat di dalam enapcemar domestik daripada beberapa sumber rawatan dan penggunaan tumbuhan beIjaya mengurangkan kepekatan kandungan logam di dalam enapcemar dan tanah kajian tersebut.