Aplikasi padlet dalam pengajaran dan pembelajaran komponen sastera (KOMSAS)
Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi Padlet terhadap pencapaian pelajar dalam pembelajaran cerpen Komponen Sastera (...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2017
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/862/1/24p%20SITI%20MASRAH%20SULAKAH.pdf http://eprints.uthm.edu.my/862/2/SITI%20MASRAH%20SULAKAH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/862/3/SITI%20MASRAH%20SULAKAH%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan aplikasi Padlet dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu
alternatif dalam meningkatkan pencapaian dan prestasi pelajar. Tujuan kajian ini adalah
untuk mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi Padlet terhadap pencapaian pelajar
dalam pembelajaran cerpen Komponen Sastera (KOMSAS). Kajian kuasi eksperimen
yang telah dijalankan ini melibatkan 58 orang responden daripada kalangan pelajar
tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di daerah Pontian, Johor. Responden
dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan eksperimen yang diajar menggunakan
aplikasi Padlet dan kumpulan kawalan yang diajar melalui kaedah tradisional. Kajian ini
menggunakan dua set ujian, iaitu ujian pra dan ujian pasca. Ujian-t telah digunakan
untuk menganalisis data perbezaan pencapaian antara kumpulan eksperimen dengan
kumpulan kawalan, manakala peratusan digunakan untuk menganalisis data soal selidik.
Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara skor pencapaian kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra dengan nilai signifikan p = 0.60.
Dalam ujian pasca pula, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara skor
pencapaian kumpulan eksperimen dengan kumpulan kawalan dengan nilai signifikan
p=0.00. Selain itu, kumpulan kawalan menunjukkan perbezaan antara skor pencapaian
ujian pra dengan ujian pasca dengan nilai signifikan p=0.00. Kumpulan eksperimen juga
menunjukkan perbezaan antara skor pencapaian ujian pra dengan ujian pasca dengan
nilai signifikan p=0.00. Dapatan kajian juga menunjukkan tahap minat murid terhadap
aplikasi Padlet dalam pengajaran dan pembelajaran cerpen KOMSAS adalah tinggi.
Secara keseluruhan, dapatan kajian menunjukkan bahawa aplikasi Padlet dapat
meningkatkan pencapaian pelajar dan secara tidak langsung menarik minat pelajar
dalam pembelajaran cerpen KOMSAS. Implikasi kajian ini ialah guru dapat
menggunakan kaedah pengajaran kepada yang lebih menyeronokkan dan menghasilkan
pengajaran yang berkesan berbanding kaedah tradisional. |
---|