Pemurnian manual prosedur ujikaji makmal geoteknik, Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO)

Kajian ini bertujuan untuk memurnikan manual prosedur ujikaji Makmal Geoteknik KUiTTHO, dengan berkonsepkan mesra pengguna dan menggunakan pendekatan grafik. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menguji kebolehgunaan dan kebolehlaksanaan manual sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran a...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Muthalib, Norhazizi
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8626/1/24p%20NORHAZIZI%20ABDUL%20MUTHALIB.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8626/2/NORHAZIZI%20ABDUL%20MUTHALIB%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8626/3/NORHAZIZI%20ABDUL%20MUTHALIB%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk memurnikan manual prosedur ujikaji Makmal Geoteknik KUiTTHO, dengan berkonsepkan mesra pengguna dan menggunakan pendekatan grafik. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menguji kebolehgunaan dan kebolehlaksanaan manual sebagai panduan pengajaran dan pembelajaran amali pelajar di Makmal Geoteknik KUiTTHO. Piawaian British Standard Method Of Test For Soil For Civil Engineering Purposes (BS 1377 : 1990) telah digunakan di dalam menghasilkan manual ini. Kajian telah dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan data telah dikumpulkan dengan menggunakan instrumen berbentuk borang soal selidik dan prototaip manual yang telah dimurnikan. Sampel kajian terdiri daripada tujuh (7) orang pensyarah dan penyelia Makmal Geoteknik dan seratus tujuh puluh (170) orang pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam yang terlibat dengan pembelajaran amali di Makmal Geoteknik pada semester ke dua sesi 2002/2003. Datadata yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan kaedah peratusan dan min bagi mengetahui tahap persepsi staf dan pelajar terhadap manual yang dimurnikan. Hasil kajian menunjukkan manual bersifat mesra pengguna. Didapati penggunaan pendekatan grafik dapat membantu pemahaman pelajar dalam pembelajaran amali dan manual boleh diguna dan dilaksanakan sebagai panduan pelajar dalam pembelajaran amali di Makmal Geoteknik KUiTTHO.