Kajian terhadap kualiti air bagi sistem pengumpulan air hujan menggunakan penapis biopasir

Kajian ini telah mengkaji rekabentuk Sistem Pengumpulan Air Hujan (SP AH) sebagai satu sistem yang boleh menghasilkan satu altematif sumber air dari segi kualiti aimya bagi kegunaan domestik. SP AH telah dibangunkan di kampus KUiTTHO dan setiap pemilihan serta susunan komponen SPAH dikenalpasti s...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamed Sunar, Norshuhaila
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2005
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8627/1/24p%20NORSHUHAILA%20MOHAMED%20SUNAR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8627/2/NORSHUHAILA%20MOHAMED%20SUNAR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8627/3/NORSHUHAILA%20MOHAMED%20SUNAR%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini telah mengkaji rekabentuk Sistem Pengumpulan Air Hujan (SP AH) sebagai satu sistem yang boleh menghasilkan satu altematif sumber air dari segi kualiti aimya bagi kegunaan domestik. SP AH telah dibangunkan di kampus KUiTTHO dan setiap pemilihan serta susunan komponen SPAH dikenalpasti sama ada boleh menyumbang kepada peneemaran terhadap kualiti air yang dikumpul. Komponen SP AH terdiri daripada permukaan tadahan, saluran, tangki eurahan pertama, tangki simpanan dan rawatan. Kajian ini juga telah membuat penambahan pada SP AH iaitu bagi komponen rawatan dengan menggunakan penapis biopasir. Sebanyak 3 jenis kedalaman telah digunakan iaitu 20 em, 40 em dan 70 em bagi medium pasir halus (saiz diameter, d = 0.2-0.35 mm, pemalar keseragaman, UC = 2.68, keporosan, 8 = 0.40, ketumpatan, Pp = 2.65g/ml). Sampel kualiti air diambil dalam tempoh Februari 2005 hingga April 2005. Ini termasuk tempoh pematangan penapis bagi membentuk lapisan schmutzdecke selama 3 minggu. Didapati, pengaruh persekitaran dan peneemaran terhadap kualiti air tadahan dapat diatasi. Kualiti air tadahan sebelum rawatan berada didalam Kelas IIA - V dapat dikurangkan kepada Kelas I - IIA selepas melalui rawatan penapis biopasir. Peratus penyingkiran bagi kesemua parameter berada dalam nilai yang amat baik iaitu sehingga 34 % bagi pH, 97 % bagi COD dan BOD, 98 % bagi kekeruhan, 100 % bagi TSS, 99 % bagi jumlah koliform dan 95 % - 100 % bagi kandungan logarn berat. Kedalaman penapis biopasir mempengaruhi kualiti air dengan hirarki kualiti air selepas rawatan 70 em > 40 em > 20 em. Manakala, pengaruh tempoh kering di antara kejadian hujan memberikan kesan pada keseluruhan kualiti air terkumpul. Data kualiti air hujan ini merupakan langkah awal dalam pengaplikasian SPAH di karnpus KUiTTHO seterusnya implikasi kejadian banjir kilat dan seumpamanya dapat dielakkan pada masa akan datang.