Aplikasi laman web dalam p&p amali hidraulik

Satu kajian telah dilakukan untuk membangunkan laman web amali Hidraulik dalam usaha mempelbagaikan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, P&P. Melalui kaedah temubual pada peringkat awal kajian, didapati bahawa sebilangan pelajar tidak berketrampilan dan be...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Syed Ali Jamalullail, Syed Muwayat
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8635/1/24p%20SYED%20MUWAYAT%20MAQBUL%20SYED%20ALI%20JAMALULLAIL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8635/2/SYED%20MUWAYAT%20MAQBUL%20SYED%20ALI%20JAMALULLAIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8635/3/SYED%20MUWAYAT%20MAQBUL%20SYED%20ALI%20JAMALULLAIL%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Satu kajian telah dilakukan untuk membangunkan laman web amali Hidraulik dalam usaha mempelbagaikan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, P&P. Melalui kaedah temubual pada peringkat awal kajian, didapati bahawa sebilangan pelajar tidak berketrampilan dan berkeyakinan menjalankan amali Hidraulik berdasarkan prosedur sediada. Sehubungan dengan itu pelajar masih mengharapkan tunjukajar daripada pendidik sebagai panduan. Justeru itu, pengkaji berusaha menukarkan corak P&P yang berpusatkan pendidik kepada lebih berpusatkan pelajar sendiri dengan pengaplikasian laman web amali Hidraulik yang menggabungkan elemen-elemen multimedia sebagai satu alternatifbaru. Soal seiidik dan temubuai telah digunakan bagi menilai laman web yang telah dibangunkan itu. Sekumpulan pelajar Ijazah Srujana Muda Kejuruteraan Awam KUiTTHO yang mengambil subjek tersebut denganjumlahnya seramai 78 orang telah dipilih sebagai responden. Penilaian adalah berdasarkan kepada persepsi responden terhadap tiga faktor iaitu penggunaan laman web; kesesuaian rekabentuk antaramuka dan interaksi; keselesaan dan kesenangan pengguna. Statistik deskriptif digunakan untuk menganalisa data-data kajian dan faktor-faktor tersebut diinterpretasikan berdasarkan nilai min dan sisihan piawai. Hasilan kajian ini mendapati bahawa laman web dapat diaplikasikan dalam P&P amali Hidraulik dan dicadangkan pakej pembelajaran ini dimuatkan secara on-line pada masa akan datang.