Pendidikan teknik dan vokasional ke arah pendidikan bertaraf dunia : dalam konteks pengajaran dan pembelajaran
Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di politeknik-politeknik Malaysia ke arah pendidikan bertaraf dunia supaya kualiti Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat ditingkatkan. Pengkaji telah melibatkan sejumlah 214 orang responden yang terdi...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8639/1/24p%20ADZUIEEN%20NORDIN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8639/2/ADZUIEEN%20NORDIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8639/3/ADZUIEEN%20NORDIN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti proses pengajaran dan
pembelajaran yang berlaku di politeknik-politeknik Malaysia ke arah pendidikan
bertaraf dunia supaya kualiti Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat ditingkatkan.
Pengkaji telah melibatkan sejumlah 214 orang responden yang terdiri daripada
pelajar diploma semester 6 daripada jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Awam dan
Elektrik. Responden dipilih daripada tiga buah politeknik tertua di Malaysia iaitu
Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Hj. Ahmad Shah (POLISAS) dan
Politeknik Port Dickson (PPD). Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik
bagi mengenalpasti kaedah proses pengajaran dan pembelajaran, kemudahan dan
kelengkapan fizikal yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dan
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di politeknik hari ini. Data-data yang diperolehi direkodkan
menggunakan perisian SPSS dan seterusnya dianalisis menggunakan kaedah statistik
diskriptif iaitu min dan sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan kaedah proses
pengajaran dan pembelajaran, kelengkapan dan kemudahan fizikal yang digunakan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik berada di
tahap sederhana. Beberapa cadangan telah dikenalpasti untuk meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Teknik dan Vokasional ke arah pendidikan
bertaraf dunia. |
---|