Keseragaman persijilan kemahiran Malaysia tahap 1 (lukisan struktur dan kejuruteraan awam) di institut - institut latihan awam
Kajian yang dilaksanakan bertujuan untuk meninjau sistem pelaksanaan program latihan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan di institusi-institusi latihan awam di dalam negara ini. Objektif kajian adalah untuk melihat paras keseragaman latihan kemahiran di dalam bidang Lukisan Struktur dan Kejurute...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2000
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8641/1/24p%20AHMAD%20KASSIM%20YASIN.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian yang dilaksanakan bertujuan untuk meninjau sistem pelaksanaan
program latihan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan di institusi-institusi latihan
awam di dalam negara ini. Objektif kajian adalah untuk melihat paras keseragaman
latihan kemahiran di dalam bidang Lukisan Struktur dan Kejuruteraan Awam Tahap 1
di tiga buah kumpulan pelatih. Tinjauan pelaksanaan program yang dibuat terfokus
kepada tiga kumpulan responden dari Institut Kemahiran Mara, Institut Teknologi Tun
Hussein Onn dan Sekqlah Menengah Teknik yang melibatkan pelatih dan pengajarnya.
Penyelidik telah mengenalpasti empat ciri keseragaman terpenting bagi kajian iaitu; (1)
penggunaan peralatan dan kemudahan latihan, (2) pelaksanaan kurikulum latihan, (3)
sistem penilaian dan mod-modnya dan (4) tempoh pelaksanaan oleh pelatih. Kajian ini
dilakukan melalui kaedah soalselidik dan temubual terhadap responden yang dipilih.
Dapatan dari kajian ini jelas menunjukkan ada beberapa elemen di dalam program
latihan kemahiran bagi bidang Lukisan Struktur dan Kejuruteraan Awam dilihat tidak
seragam pelaksanaanya. Implikasinya akan mendorong kepada wujudnya
ketidaksetaraan ketrampilan pemegang SKM Tahap 1 di dalam negara ini. Di akhir
kajian ini, penyelidik mencadangkan beberapa penyelesaian dan pendekatan yang
mungkin boleh digunakan bagi mewujudkan keseragaman di dalam pelaksanaan
program Persijilan Kemahiran Malaysia. Antaranya adalah dengan membangunkan
Panduan Pembelajaran (.Learning Guide), kurikulum yang harus dikaji semula,
pembangunan prasarana yang dibuat secara beijadual, pelaksanaan satu sistem nilaian
yang menggambarkan aras pencapaian sebenar pelatih dengan merujuk kepada julat aras
ketrampilan (benchmark) yang piawai serta pemantauan pelaksanaan sistem yang
menyeluruh dan seragam dari semua aspek. |
---|