Kecekapan dan keperluan pelajar sarjana pendidikan teknik dan vokasional dalam program latihan mengajar
Program Latihan Mengajar merupakan satu komponen penting dalam pendidikan perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan berwibawa. Kajian "Kecekapan Dan Keperluan Pelajar Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional Dalam Program Latihan Mengajar" adalah bertujuan untuk...
محفوظ في:
المؤلف الرئيسي: | |
---|---|
التنسيق: | أطروحة |
اللغة: | English English English |
منشور في: |
2004
|
الموضوعات: | |
الوصول للمادة أونلاين: | http://eprints.uthm.edu.my/8659/1/24p%20NORAZIHA%20NASIR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8659/2/NORAZIHA%20NASIR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8659/3/NORAZIHA%20NASIR%20WATERMARK.pdf |
الوسوم: |
إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
|
الملخص: | Program Latihan Mengajar merupakan satu komponen penting dalam
pendidikan perguruan bagi melahirkan bakal-bakal pendidik yang terlatih dan
berwibawa. Kajian "Kecekapan Dan Keperluan Pelajar Saijana Pendidikan Teknik
dan Vokasional Dalam Program Latihan Mengajar" adalah bertujuan untuk
mengenalpasti tahap kecekapan pelajar dalam memenuhi kriteria-kriteria penilaian
pensyarah penyelia semasa menjalani latihan mengajar. Kajian ini juga dijalankan
untuk melihat keperluan dan penerimaan pelajar terhadap penghasilan Buku
Panduan Kecekapan Mengajar. Seramai 80 orang pelajar Semester 2 dan 3 sesi
2002/2003 serta 45 orang pelajar Semester 3 sesi 2003/2004 Saijana Pendidikan
Teknik dan Vokasional telah dijadikan sampel kajian. Kajian berbentuk tinjauan ini
telah menggunakan borang pencerapan markah dan borang soal selidik sebagai
instrumen kajian. Perisian SPSS Version 11.5 (Statistical Package for Social
Sciences) digunakan dalam menganalisis data bagi memperolehi kekerapan dan skor
min. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kecekapan pelajar dalam memenuhi
kriteria-kriteria penilaian pensyarah penyelia adalah tidak mencapai kepada 100
peratus baik. Hasil kajian juga, jelas membuktikan bahawa Buku Panduan
Kecekapan Mengajar adalah perlu dibangunkan dan mempunyai tahap penerimaan
yang baik oleh pelajar. Namun begitu, beberapa aspek yang perlu diperbaiki dan
dikemaskini bagi menjamin keberkesannya. Ia diharap dapat membantu pelajar
dalam meningkatkan kecekapan mengajar semasa menjalani latihan mengajar. |
---|