Suatu perbandingan penilaian prestasi pelajar mengikut kaum di Fakulti Sains dan Teknologi, UKM: kaedah model linear bayesian dan model linear klasik

Kajian yang dijalankan ini melibatkan perbandingan prestasi pelajar di Fakulti Sains Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia mengikut kaum melalui kaedah model linear klasik dan model linear Bayesian. Untuk perbandingan model linear Bayesian, kajian dijalankan dengan mengambil kira penggunaan p...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Asrah, Norhaidah
Format: Thesis
Language:English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8660/1/24p%20NORHAIDAH%20MOHD%20ASRAH.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian yang dijalankan ini melibatkan perbandingan prestasi pelajar di Fakulti Sains Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia mengikut kaum melalui kaedah model linear klasik dan model linear Bayesian. Untuk perbandingan model linear Bayesian, kajian dijalankan dengan mengambil kira penggunaan prior bermaklumat dan prior tak bermaklumat. Kajian tertumpu kepada para pelajar semester satu sessi 2003-2004 di bawah fakulti ini seramai 1088 orang. Perbandingan prestasi pelajar bumiputera dan bukan bumiputera dibuat mengikut program dan pusat pengajian. Hasil analisis yang didapati menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara antara model linear klasik dan model linear Bayesian sekiranya prior tak bermaklumat digunakan. Apabila dibandingkan analisis antara prior bermaklumat dengan prior tak bermaklumat menggunakan model linear Bayesian, di dapati bahawa terdapat perbezaan pada nilai parameter. Model linear Bayesian yang menggunakan prior bermaklumat memberikan keputusan yang lebih baik kerana nilai anggaran varians dan selang kebarangkalian Bayesian yang lebih kecil berbanding dengan model linear Bayesian yang menggunakan prior tak bermaklumat. Program Aktuari merupakan program yang mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding dengan program Iain di fakulti ini. Pusat pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan pula merupakan pusat pengajian yang terbaik berbanding dengan pusat pengajian lain. Hasil analisis juga menunjukkan bahawa prestasi pelajar bukan bumiputera adalah lebih baik berbanding dengan pelajar bumiputera. Prestasi pelajar bumiputera adalah lebih cemerlang di dalam program Bioteknologi Tumbuhan berbanding dengan prestasi pelajar bukan bumiputera yang lebih cemerlang di dalam program Aktuari. Prestasi pelajar bumiputera dan bukan bumiputera masing-masing lebih baik di dalam pusat pengajian Sains Kimia dan Teknologi Makanan.