Penghasilan e-album untuk proses rawatan air sebagai medium pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran kejuruteraan bekalan air dan air sisa

Album elektronik atau e-album berbantukan komputer merupakan salah satu alat bahan bantu mengajar (ABBM) berasaskan media elektronik yang digunakan bagi menyampaikan isi pelajaran. E-album ini diadaptasikan daripada konsep CD photo di mana gambar digital dimasukkan ke dalam CD-ROM. Kajian ini ber...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Raja Ahmad, Raja Nadia
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2004
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/8664/1/24p%20RAJA%20NADIA%20RAJA%20AHMAD.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8664/2/RAJA%20NADIA%20RAJA%20AHMAD%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8664/3/RAJA%20NADIA%20RAJA%20AHMAD%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Album elektronik atau e-album berbantukan komputer merupakan salah satu alat bahan bantu mengajar (ABBM) berasaskan media elektronik yang digunakan bagi menyampaikan isi pelajaran. E-album ini diadaptasikan daripada konsep CD photo di mana gambar digital dimasukkan ke dalam CD-ROM. Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan e-album berbantukan komputer bagi proses rawatan air dalam mata pelajaran Kejuruteraan Bekalan Air dan Air Sisa di politeknik dan untuk melihat persepsi pelajar terhadap e-album yang dihasilkan. Kajian ini dijalankan di Politeknik Ungku Omar manakala respondennya terdiri daripada 35 pelajar semester en am yang mengikuti kursus Diploma Kejuruteraan Awam yang mengikuti mata pelajaran Kejuruteraan Bekalan Air dan Air Sisa. Soal selidik digunakan untuk mengumpulkan maklumat dan data yang diperolehi dianalisis menggunakan SPSS v. 11.0 yang dipersembahkan dalam frekuensi dan peratusan. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa e-album ini dapat memotivasikan pelajar, menarik perbatian pelajar, memudahkan pelajar untuk memahami isi pelajaran, memberikan gambar an realistik dan mesra pengguna serta terdapat perbezaan persepsi antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap e-album ini. Oleh yang demikian, e-album ini boleh digunakan sebagai ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik.