Penghasilan dan penilaian modul pengujian ke atas konkrit basah bagi pelajar kursus kejuruteraan awam

Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah modul pengujian konkrit sebagai rujukan kepada pelajar Kejuruteraan Awam. Seterusnya modul akan dinilai dari segi bentuk dan ciri modul yang bersesuai dengan kehendak pengguna. Penilaian bentuk dan ciri modul adalah berdasarkan empat ciri iaitu pengg...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Hasan, Zaki
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2003
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/8669/1/24p%20ZAKI%20HASAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8669/2/ZAKI%20HASAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8669/3/ZAKI%20HASAN%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertujuan untuk menghasilkan sebuah modul pengujian konkrit sebagai rujukan kepada pelajar Kejuruteraan Awam. Seterusnya modul akan dinilai dari segi bentuk dan ciri modul yang bersesuai dengan kehendak pengguna. Penilaian bentuk dan ciri modul adalah berdasarkan empat ciri iaitu penggunaan gambar dan jadual, susunan bahasa, isi kandungan dan modul sebagai panduan dalam proses pembelajaran. Rekabentuk kajian ialah berbentuk deskriptif. Manakala jenis kajian ialah kuantitatif iaitu kajian yang melibatkan pengumpulan data. Instrumen kajian ialah borang soal selidik yang mempunyai beberapa bahagian yang boleh menjawab persoalan kajian. Kaedah analisis yang digunakan ialah Alpha Cronbach untuk mencari nilai kebolehpercayaan instrumen kajian. Nilai kebolehpercayaan daripada kajian rintis ialah 0.9737. Analisis dijalankan menggunakan perisian SPSS. Data dianalisis secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai skor min, frekuensi dan peratusan. Populasi kajian ialah pelajar di Politeknik Kota Melaka iaitu pelajar sijil kejuruteraan Awam semester 2. Sampel kajian seramai 39 orang telah dipilih ketika Post Test dijalankan. Basil daripada analisis data menunjukkan nilai skor min bagi bahagian isi kandungan ialah 4.13. Manakala dari aspek pengunaan gambar dan jadual pula, nilai skor min ialah 4.10. Nilai skor min bagi panduan modul dan susunan bahasa ialah 4.16 dan 4.04. Oleh ilu dapatlah disimpulkan bahawa modul pembelajaran yang dibangunkan ini mememenuhi objektif penghasilan modul berdasarkan hasil analisis yang telah dilakukan.