Satu kajian kualitatif dalam pembinaan polisi pengecualian jam kredit suatu panduan umum untuk pelajar diploma dari politeknik yang memohon masuk secara terus ke peringkat pengajian sarjana muda di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Kajian kualitatif ini adalah bertujuan untuk (i) mengkaji polisi pengecualian jam kredit bagi KUiTTHO dan beberapa universiti tempatan dan luar negara, (ii) merangka semula polisi pengecualian jam kredit untuk KUiTTHO dan (iii) menilai perlaksanaan penggunaan polisi pengecualian jam kredit yang d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Siagian, Caroline Dame
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8675/1/24p%20CAROLINE%20DAME%20SIAGIAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8675/2/CAROLINE%20DAME%20SIAGIAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8675/3/CAROLINE%20DAME%20SIAGIAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kualitatif ini adalah bertujuan untuk (i) mengkaji polisi pengecualian jam kredit bagi KUiTTHO dan beberapa universiti tempatan dan luar negara, (ii) merangka semula polisi pengecualian jam kredit untuk KUiTTHO dan (iii) menilai perlaksanaan penggunaan polisi pengecualian jam kredit yang dirangka. Kajian pengecualian jam kredit merangkumi penganalisisan dokumen iaitu memfokus kepada kelengkapan dan kejelasan prosidur. Ini membawa kepada proses merangka semula polisi KUiTTHO. Antara kaedah yang dilakukan ialah mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada pelbagai pihak di KUiTTHO yang terlibat dalam pembinaan polisi. Beberapa cadangan perubahan dibangkitkan untuk memperbaiki polisi KUiTTHO yang digunakan pada masa kini. Antara perubahan tersebut ialah (i) menambah carta alir, (ii) borang permohonan yang mudahguna dan (iii) maklumat lanjutan bagi prosidur permohonan. Produk yang dihasilkan (rangka polisi pengecualian jam kredit) diuji. Kertas soal selidik berstruktur dan temu bual digunakan untuk proses pengujian. Data yang diperolehi melalui proses mengkod dan triangulation. Walaupun keputusan yang diperolehi tidak muktamad, namun hasil keputusan jelas menunjukkan bahawa polisi baru ini mempunyai potensi yang tinggi untuk diadaptasikan untuk kegunakan semua fakulti di KUiTTHO.