Satu kajian kualitatif dalam pembinaan polisi pengecualian jam kredit suatu panduan umum untuk pelajar diploma dari politeknik yang memohon masuk secara terus ke peringkat pengajian sarjana muda di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Kajian kualitatif ini adalah bertujuan untuk (i) mengkaji polisi pengecualian jam kredit bagi KUiTTHO dan beberapa universiti tempatan dan luar negara, (ii) merangka semula polisi pengecualian jam kredit untuk KUiTTHO dan (iii) menilai perlaksanaan penggunaan polisi pengecualian jam kredit yang d...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Siagian, Caroline Dame
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2002
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/8675/1/24p%20CAROLINE%20DAME%20SIAGIAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8675/2/CAROLINE%20DAME%20SIAGIAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8675/3/CAROLINE%20DAME%20SIAGIAN%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian kualitatif ini adalah bertujuan untuk (i) mengkaji polisi pengecualian jam kredit bagi KUiTTHO dan beberapa universiti tempatan dan luar negara, (ii) merangka semula polisi pengecualian jam kredit untuk KUiTTHO dan (iii) menilai perlaksanaan penggunaan polisi pengecualian jam kredit yang dirangka. Kajian pengecualian jam kredit merangkumi penganalisisan dokumen iaitu memfokus kepada kelengkapan dan kejelasan prosidur. Ini membawa kepada proses merangka semula polisi KUiTTHO. Antara kaedah yang dilakukan ialah mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan daripada pelbagai pihak di KUiTTHO yang terlibat dalam pembinaan polisi. Beberapa cadangan perubahan dibangkitkan untuk memperbaiki polisi KUiTTHO yang digunakan pada masa kini. Antara perubahan tersebut ialah (i) menambah carta alir, (ii) borang permohonan yang mudahguna dan (iii) maklumat lanjutan bagi prosidur permohonan. Produk yang dihasilkan (rangka polisi pengecualian jam kredit) diuji. Kertas soal selidik berstruktur dan temu bual digunakan untuk proses pengujian. Data yang diperolehi melalui proses mengkod dan triangulation. Walaupun keputusan yang diperolehi tidak muktamad, namun hasil keputusan jelas menunjukkan bahawa polisi baru ini mempunyai potensi yang tinggi untuk diadaptasikan untuk kegunakan semua fakulti di KUiTTHO.