Tahap kecenderungan calon SPM terhadap program latihan kerjaya di Institut Latihan Kemahiran Awam : satu kajian kes di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman, Batu Pahat
Kajian ini bertajuk " Tahap kecenderungan calon SPMterhadap program latihan kerjaya di Institusi Latihan Kemahiran Awam : satu kajian kes di kalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman, Batu Pahat". Secara keseluruhannya, objektif kajian ini dijalankan ialah untuk m...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8679/1/24p%20FARHAH%20JAFFAR.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8679/2/FARHAH%20JAFFAR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8679/3/FARHAH%20JAFFAR%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertajuk " Tahap kecenderungan calon SPMterhadap program
latihan kerjaya di Institusi Latihan Kemahiran Awam : satu kajian kes di kalangan
pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman, Batu Pahat". Secara
keseluruhannya, objektif kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti tahap
pengetahuan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman terhadap
peluang latihan yang wujud di Institut Latihan Kemahiran Awam seperti politeknik,
Institut Kemahiran Mara, Institut Latihan Perindustrian, Pusat Giat Mara dan Pusat
Belia Negara. Juga untuk mengenalpasti penyebaran maklumat yang disediakan oleh
Unit Bimbingan dan Kaunseling berkaitan dengan peluang latihan yang wujud di
Institut Latihan Kemahiran Awam. Kajian ini merapakan satu kajian kes berbentuk
deskriptif di mana responden yang terlibat adalah seramai 153 orang pelajar
tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sulaiman yang merapakan
calon SPM untuk tahun2001. Manakala temubual berstruktur juga dijalankan
bersama guru dari Unit Bimbingan dan Kaunseling di sekolah yang sama untuk
menjelaskan lagi perkhidmatan yang disediakan oleh unit tersebut dalam usaha
menyalurkan maklumat berkaitan Institut Latihan Kemahiran Awam kepada pelajar.
Oleh itu data yang diterima adalah berasaskan borang soal selidik dan sesi temual
berstruktur. Penganalisaan dibuat dengan menggunakan kaedah peratusan. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa Institut Latihan Kemahiran Awam ini juga mendapat
tempat di kalangan pelajar atau calon SPM namun begitu maklumat-maklumat yang
terkini perlulah diperbanyakkan untuk memastikan bahawa pelajar mendapat
maklumat yang jelas dan tepat berkaitan institut tersebut. |
---|