Pembangunan sistem pangkalan data e-inventori makmal : makmal Kejuruteraan Awam dan Makmal Teknologi Kejuruteraan Pembinaan dan Alam sekitar

Kajian ini dijalankan adalah untuk membina Sistem Pangkalan Data e-inventori makmal bagi Makmal Kejuruteraan Awam (MKA) dan Makmal Teknologi Kejuruteraan Pembinaan dan Alam Sekitar (MTKPAS) KUiTTHO. Dengan pembinaan sistem ini adalah untuk mengenalpasti samada sistem yang dibina dapat memudahkan...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ab Aziz, Haslinda
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2003
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/8680/1/24p%20HASLINDA%20AB%20AZIZ.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8680/2/HASLINDA%20AB%20AZIZ%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8680/3/HASLINDA%20AB%20AZIZ%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini dijalankan adalah untuk membina Sistem Pangkalan Data e-inventori makmal bagi Makmal Kejuruteraan Awam (MKA) dan Makmal Teknologi Kejuruteraan Pembinaan dan Alam Sekitar (MTKPAS) KUiTTHO. Dengan pembinaan sistem ini adalah untuk mengenalpasti samada sistem yang dibina dapat memudahkan para pengguna serta kepada pihak pengurusan makmal MKA dan MTKPAS KUiTTHO. Sistem ini direkabentuk dengan mempunyai beberapa ciri iaitu dapat menjimatkan masa dan wang (kos), mudah digunakan dan diminati semua pengguna. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft Access 2000. Seramai 19 responden yang terdiri daripada juruteknik MKA dan MTKPAS, KUiTTHO dipilih bagi menjawab soal selidik yang dijalankan. Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS) versi 10.0. Data dianalisa secara kuantitatif bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan juga purata min. Daripada analisis data yang diperolehi, purata min keseluruhan adalah sebanyak 4.523 dengan nilai sisihan paiwai 0.56. Nilai purata min keseluruhan telah menunjukkan bahawa hampir keseluruhan juruteknik bersetuju dengan sistem tersebut. Walau bagaimanapun beberapa cadangan diusulkan untuk memperkemaskan lagi sistem pangkalan data yang dihasilkan.