Pembangunan sistem pangkalan data e-inventori makmal : makmal Kejuruteraan Awam dan Makmal Teknologi Kejuruteraan Pembinaan dan Alam sekitar
Kajian ini dijalankan adalah untuk membina Sistem Pangkalan Data e-inventori makmal bagi Makmal Kejuruteraan Awam (MKA) dan Makmal Teknologi Kejuruteraan Pembinaan dan Alam Sekitar (MTKPAS) KUiTTHO. Dengan pembinaan sistem ini adalah untuk mengenalpasti samada sistem yang dibina dapat memudahkan...
Saved in:
主要作者: | |
---|---|
格式: | Thesis |
语言: | English English English |
出版: |
2003
|
主题: | |
在线阅读: | http://eprints.uthm.edu.my/8680/1/24p%20HASLINDA%20AB%20AZIZ.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8680/2/HASLINDA%20AB%20AZIZ%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8680/3/HASLINDA%20AB%20AZIZ%20WATERMARK.pdf |
标签: |
添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
|
总结: | Kajian ini dijalankan adalah untuk membina Sistem Pangkalan Data e-inventori
makmal bagi Makmal Kejuruteraan Awam (MKA) dan Makmal Teknologi Kejuruteraan
Pembinaan dan Alam Sekitar (MTKPAS) KUiTTHO. Dengan pembinaan sistem ini
adalah untuk mengenalpasti samada sistem yang dibina dapat memudahkan para
pengguna serta kepada pihak pengurusan makmal MKA dan MTKPAS KUiTTHO.
Sistem ini direkabentuk dengan mempunyai beberapa ciri iaitu dapat menjimatkan masa
dan wang (kos), mudah digunakan dan diminati semua pengguna. Sistem ini dibangunkan
dengan menggunakan perisian Microsoft Access 2000. Seramai 19 responden yang terdiri
daripada juruteknik MKA dan MTKPAS, KUiTTHO dipilih bagi menjawab soal selidik
yang dijalankan. Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical
Packages For Social Sciences (SPSS) versi 10.0. Data dianalisa secara kuantitatif bagi
mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan juga purata min. Daripada analisis data yang
diperolehi, purata min keseluruhan adalah sebanyak 4.523 dengan nilai sisihan paiwai
0.56. Nilai purata min keseluruhan telah menunjukkan bahawa hampir keseluruhan
juruteknik bersetuju dengan sistem tersebut. Walau bagaimanapun beberapa cadangan
diusulkan untuk memperkemaskan lagi sistem pangkalan data yang dihasilkan. |
---|