Tinjauan mengenai keperluan latihan industri dalam program latihan pensyarah politeknik : satu kajian kes di kalangan graduan Sarjana Pendidikan (Teknikal) di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat
Kajian ini beijudul " Tinjauan mengenai keperluan latihan industri dalam program latihan pensyarah politeknik : Satu kajian kes di kalangan graduan Sarjana Pendidikan (Teknikal) di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Program ini merupakan salah satu program persediaan keijaya dalam b...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8683/1/24p%20KARTINI%20KAMARULZAMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8683/2/KARTINI%20KAMARULZAMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8683/3/KARTINI%20KAMARULZAMAN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini beijudul " Tinjauan mengenai keperluan latihan industri dalam
program latihan pensyarah politeknik : Satu kajian kes di kalangan graduan Sarjana
Pendidikan (Teknikal) di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Program ini
merupakan salah satu program persediaan keijaya dalam bidang pendidikan teknik
dan vokasional yang terdapat di negara ini. Peda masa kini program ini tidak
mengandungi komponen penempatan latihan industri sebagai salah satu skop
pengajiannya. Oleh yang demikian, adalah menjadi hasrat kajian ini untuk
mengenalpasti samada komponen pendedahan pra-keijaya dalam bentuk latihan
industri diperlukan dalam program persediaan keijaya seperti program Saijana
Pendidikan ini. Seramai 86 responden terdiri daripada kelompok pelajar Semester
Akhir Saijana Pendidikan (Teknikal) dipilih sebagai mewakili keseluruhan populasi
pelajar program ini. Kelompok ini dipilih kerana mereka telah mengikuti hampir
keseluruhan komponen program termasuk telah menjalani sesi praktikum di
politeknik selama 12 minggu. Maklumbalas diperolehi melalui soal selidik, temubual
dan pemerhatian pengkaji sendiri dan disokong melalui kajian perpustakaan.
Maklumbalas seterusnya dianalisa secara statistik menggunakan nilai min, sisihan
piawai dan ANOVA sehala dengan menggunakan Statistical Package for Social
Sciences (SPSS). Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat pendapat yang kukuh di
kalangan responden terhadap kemungkinan memasukkan komponen latihan industri
dalam program persediaan keijaya. Keseluruhannya responden percaya bahawa
kemasukkan komponen ini dalam program persediaan keijaya, akan dapat
meningkatkan tahap kesediaan bakal-bakal graduan terhadap kerjaya yang bakal
diceburi, khususnya dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional di Negara ini. |
---|