Perspektif pelajar sarjana muda kejuruteraan mekanikal KUiTTHO terhadap keberkesanan latihan industri

Program latihan industri adalah sebahagian daripada kurikulum kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Program ini diwajibkan ke atas pelajar sebagai syarat untuk mendapatkan ijazah. Sejauh mana latihan industri yang telah diikuti oleh pelajar-pelajar...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Authors: Othman, Khairiani, Abd. Mutalib, Hafizah, Rizal, Nik Ahmad
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8684/1/24p%20KHAIRIANI%20OTHMAN%20HAFIZAH%20ABD%20MUTALIB%20NIK%20AHMAD%20RIZAL%20WAN%20ISMAIL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8684/2/KHAIRIANI%20OTHMAN%20HAFIZAH%20ABD%20MUTALIB%20NIK%20AHMAD%20RIZAL%20CD.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8684/3/KHAIRIANI%20OTHMAN%20HAFIZAH%20ABD%20MUTALIB%20NIK%20AHMAD%20RIZAL%20WAN%20ISMAIL%20WM.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Program latihan industri adalah sebahagian daripada kurikulum kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Program ini diwajibkan ke atas pelajar sebagai syarat untuk mendapatkan ijazah. Sejauh mana latihan industri yang telah diikuti oleh pelajar-pelajar tersebut mencapai matlamatnya belum dapat dipastikan Justeru kajian ini dijalankan untuk meninjau perspektif pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO) terhadap keberkesanan latihan industri yang telah mereka ikuti selama 10 minggu. Kajian ini telah melibatkan seramai 50 orang pelajar Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal semester 4 sesi 2000 / 2001 Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripda pelajar yang mengambil bidang pengkhususan Mekanikal Bahan, Jentera, Loji, Tekstil, Pembungkusan dan Pembuatan. Satu soal selidik telah dijalankan ke atas responden kajian. Soal selidik tersebut terbahagi kepada 3 bahagian utama iaitu maklumat am responden, ujian terhadap pendedahan kepada amalan kejuruteraan dan keija sebenar dan ujian terhadap keyakinan dan etika pelajar. Alat pengukuran yang digunakan ialah Skala Likert. Data-data kajian adalah berbentuk deskriptif dan telah dianalisis menggunakan perisian SPSS. Dapatan kajian mendapati bahawa pada perspektif pelajar semester 4 kursus Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal sesi 2000 / 2001, latihan industri yang telah mereka ikuti selama 10 minggu itu telah mencapai matlamatnya. Walaubagaimanapun, beberapa aspek dalam latihan industri masih boleh diperbaiki demi untuk memantapkan lagi program yang telah dijalankan.