Persepsi pensyarah kejuruteraan terhadap keberkesanan program pendidikan teknik dan vokasional bagi memenuhi keperluan pasaran buruh: perbandingan di institut awam dan swasta
Kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pensyarah kejuruteraan terhadap keberkesanan Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi memenuhi keperluan pasaran buruh. Perbandingan dan tinjauan dilihat pada institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Kajian ini dijalankan di Kolej Universiti Teknologi Tu...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8685/1/24p%20KHAIRUL%20ANUAR%20ABDUL%20MANAP.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8685/2/KHAIRUL%20ANUAR%20ABDUL%20MANAP%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8685/3/KHAIRUL%20ANUAR%20ABDUL%20MANAP%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini adalah untuk meninjau persepsi pensyarah kejuruteraan terhadap
keberkesanan Pendidikan Teknik dan Vokasional bagi memenuhi keperluan pasaran
buruh. Perbandingan dan tinjauan dilihat pada institusi pengajian tinggi awam dan
swasta.
Kajian ini dijalankan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
(KUiTTHO ) dan Malaysian France Institute (MFI). Objektif kajian ini adalah untuk
melihat persepsi pensyarah terhadap keberkesanan program Pendidikan Teknik Dan
Vokasional (PTV ) yang dijalankan di kedua-dua buah institusi tersebut. Ianya juga
untuk mendapatkan persepsi pensyarah terhadap keberkesanan program PTV bagi
memenuhi keperluan pasaran buruh, faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan
program PTV, sifat motivasi dan ketegasan diri serta langkah-langkah yang boleh
dilakukan terhadap program PTV bagi mengurangkan masalah keperluan pasaran buruh.
Kaedah kajian adalah berdasarkan kepada borang kaji selidik yang diedarkan
kepada 120 orang tenaga pengajar yang dianggap sebagai sampel kajian iaitu 60 orang
di KUiTTHO dan 60 orang di MFI. Dapatan kajian mendapati program PTV yang
dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT ) mampu untuk memenuhi keperluan
tenaga buruh mahir di sektor industri. Antara cadangan yang boleh dikemukakan untuk
meningkatkan lagi keberkesanan program PTV untuk keperluan buruh mahir adalah
dengan melanjutkan lagi tempoh masa latihan industri dan kemahiran para pelajarnya
serta menjalinkan hubungan yang erat dengan pihak industri supaya dapat saling
berganding bahu bagi menangani keperluan masing-masing. |
---|