Pengaruh motivasi dalam kreativiti pelajar kejuruteraan UTHM
Kreativiti menjadi agenda penting dalam sektor kejuruteraan pada masa sekarang. Salah satu cara bagi seorang jurutera khususnya untuk menjadi kreatif adalah mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menyebabkan individu itu tidak kreatif. Maka dengan itu, fokus kajian ini adalah mengkaji sama ada...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2008
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8686/1/24p%20LENNY%20LAI%20MEI%20LAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8686/2/LENNY%20LAI%20MEI%20LAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8686/3/LENNY%20LAI%20MEI%20LAN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kreativiti menjadi agenda penting dalam sektor kejuruteraan pada masa
sekarang. Salah satu cara bagi seorang jurutera khususnya untuk menjadi kreatif
adalah mengenal pasti apakah faktor-faktor yang menyebabkan individu itu tidak
kreatif. Maka dengan itu, fokus kajian ini adalah mengkaji sama ada aspek motivasi
mempengaruhi kreativiti pelajar kejuruteraan di UTHM. Sehubungan itu, tesis ini
dijalankan untuk menjawab empat objektif kajian yang merangkumi empat persoalan
kajian dan tiga hipotesis kajian. Kaedah kuantitatif digunakan di mana sampel kajian
terdiri daripada 330 orang pelajar dari tiga Fakulti Kejuruteraan di UTHM.
Pemilihan sampel dibuat berdasarkan sampel bertujuan. Data-data kajian diperolehi
dengan menggunakan instrumen sedia ada yang telah diterjemah iaitu Work
Preference Inventory (Amabile, Hil, Hennessey dan Tighe, 1995). Statistik min
digunakan untuk melaporkan data deskriptif manakala ujian ANOVA sehala dan
ujian-T pula digunakan untuk menentukan perbezaan faktor motivasi antara
pembolehubah-pembolehubah kajian. Perisian SPSS versi 12.0 telah digunakan bagi
tujuan penganalisisan data. Data dinilai pada tahap kesignifikan iaitu 0.05. Kajian
mendapati tahap faktor motivasi dari segi aspek keseronokan, cabaran, ganjaran dan
orientasi luaran berada pada tahap sederhana sahaja. Manakala motivasi intrinsik
pelajar kejuruteraan adalah lebih tinggi berbanding dengan motivasi ekstrinsik
mereka. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat perbezaaan yang signifikan antara
aspek faktor motivasi di mana aspek keseronokan adalah lebih tinggi daripada aspek
orientasi luaran. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan statistik
yang signifikan antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan dari segi faktor motivasi
yang mempengaruhi kreativiti pelajar kejuruteraan UTHM. Namun, terdapat
perbezaan statistik yang signifikan antara pelajar kelulusan SPM/STPM/Matrikulasi
dan pelajar kelulusan Sijil/Diploma dari segi faktor motivasi yang mempengaruhi
kreativiti mereka. |
---|