Satu tinjauan terhadap tahap pengetahuan guru teknikal dalam pembinaan item objektif di tiga buah sekolah menengah teknik

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah tahap pengetahuan guruguru dalam aspek pembinaan item objektif. Responden adalah terdiri daripada guruguru yang mengajar subjek kejuruteraan atau lebih dikenali sebagai guru-guru teknikal di tiga buah sekolah menengah teknik. Secara amnya, kajian...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Ismail, Nurhuda
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2003
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/8698/1/24p%20NURHUDA%20ISMAIL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8698/2/NURHUDA%20ISMAIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8698/3/NURHUDA%20ISMAIL%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh manakah tahap pengetahuan guruguru dalam aspek pembinaan item objektif. Responden adalah terdiri daripada guruguru yang mengajar subjek kejuruteraan atau lebih dikenali sebagai guru-guru teknikal di tiga buah sekolah menengah teknik. Secara amnya, kajian ini mengenalpasti sama ada guru-guru memerlukan garis panduan pembinaan item objektif sebagai panduan atau rujukan mereka. Soal selidik yang menggunakan Skala Likert digunakan bagi mendapatkan data tentang tahap pengetahuan guru dalam aspek pembinaan item objektif dan seterusnya menjawab persoalan kajian ini. Seterusnya, data dari soal selidik yang dijalankan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS 11.0 (Statistical Package For The Social Science). Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa responden memberi reaksi yang positif dengan tahap pengetahuan yang sederhana. Namun begitu jika dilihat pada jawapan dalam soal selidik yang diedarkan, pengetahuan mereka masih banyak lagi yang perlu ditambah. Justeru itu, garis panduan yang dibina oleh pengkaji adalah merupakan salah satu langkah untuk mengatasi masalah ini. Garis Panduan Membina Item Objektif yang disarankan ini adalah dibina berdasarkan format yang disediakan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ia merangkumi prosedur, penerangan, langkah-langkah dan defmisi istilah-istilah yang tertentu yang perlu diberi perhatian apabila soalan peperiksaan objektif hendak dibina. Diharapkan garis panduan ini dapat membantu pengguna yang memerlukannya apabila hendak membuat item objektif.