Pembinaan dan penilaian program rekabentuk rasuk keluli (PRRK) sebagai alat kognitif dalam pembelajaran rekabentuk struktur di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam KUiTTHO
Kajian awal yang telah dijalankan mendapati pelajar Kejuruteraan A warn KUiTTHO menghadapi masalah kognitif dalam pembelajaran mata pelajaran Rekabentuk Struktur khasnya dalam pemahaman konsep dan prosedur reka bentuk. Langkah pengiraan yang terlalu banyak selalunya mengelirukan pelajar sehingga...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2002
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8711/1/24p%20DORRIES%20ANTONISAMY.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8711/2/DORRIES%20ANTONISAMY%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/8711/3/DORRIES%20ANTONISAMY%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian awal yang telah dijalankan mendapati pelajar Kejuruteraan
A warn KUiTTHO menghadapi masalah kognitif dalam pembelajaran mata
pelajaran Rekabentuk Struktur khasnya dalam pemahaman konsep dan
prosedur reka bentuk. Langkah pengiraan yang terlalu banyak selalunya
mengelirukan pelajar sehinggakan mereka hilang minat dan tumpuan. Bagi
membantu mereka, satu program telah disediakan dengan menggunakan
perisian Microsoft Excel bagi tujuan menganalisis dan mereka bentuk rasuk
keluli bagi meningkatkan tahap kemahiran kognitif terhadap matapelajaran
tersebut. Program Rekabentuk Rasuk Keluli (PRRK) ini disediakan
berdasarkan kaedah reka bentuk yang diamalkan oleh British Standard
Institution, Structural Use of Steel Work In Building. Seramai dua puluh satu
orang pelajar semester akhir Diploma Kejuruteraan A warn yang mengambil
mata pelajaran Rekabentuk Struktur telah diminta menilai program ini.
Penilaian telah dijalankan terhadap isi, sifat mesra pengguna dan
kebolehlaksanaan program menggunakan kaedah skor min. Selain itu
perkaitan antara pengalaman pelajar menggunakan komputer sebagai sumber
pembelajaran dengan penilaian PRRK juga telah dilihat. Keputusan skor min
menunjukkan isi PRKK adalah baik, bersifat mesra pengguna dan mempunyai
sifat kebolehlaksanaan. Ujian korelasi Spearman pula menunjukkan bahawa
tidak terdapat sebarang perkaitan yang signifikan di antara pengalaman pelajar
menggunakan komputer sebagai sumber pembelajaran dengan penilaian
PRRK |
---|