Pembangunan CD-ROM interaktif bagi tajuk ECG Library Interactive

Pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran berkomputer merupakan era baru dalam penyediaan bahan pengajaran bagi sesuatu matapelajaran. Kajian pembangunan perisian interaktif ini adalah untuk menilai dan menguji kebolehan serta keupayaan di dalam membangunkan sesebuah perisian multimedia in...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosdi, Mariana
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8720/1/24p%20MARIANA%20ROSDI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8720/2/MARIANA%20ROSDI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8720/3/MARIANA%20ROSDI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pembangunan perisian pengajaran dan pembelajaran berkomputer merupakan era baru dalam penyediaan bahan pengajaran bagi sesuatu matapelajaran. Kajian pembangunan perisian interaktif ini adalah untuk menilai dan menguji kebolehan serta keupayaan di dalam membangunkan sesebuah perisian multimedia interaktif bagi mata pelajaran Sistem Klinikal Gunaan khusus untuk pelajar Diploma Elektronik Perubatan sesi 2003/2004 di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam Selangor. Kajian ini meliputi aspek mesra pengguna, kesesuaian paparan maklumat, kesesuaian unsur motivasi dan peningkatan daya kognitif. Metadologi kajian ini berdasarkan soal selidik yang diedarkan kepada 34 orang pelajar yang sedang mengambil matapelajaran ini. Penganalisan data menggunakan SPSS versi 11.5 dan dapatan kajian dianalisis dengan skor min. Hasil dapatan kajian merujuk kepada analisis data yang didapati. Perisian interaktif ini dapat diterima oleh pelajar dari segi mesra pengguna, kesesuaian paparan maklumat, kesesuaian unsur motivasi dan peningkatan daya kognitif di dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Diharap CD interaktif ini boleh dijadikan sebagai satu alternatif baru dalam meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran serta mendedahkan pelajar terhadap penggunaan komputer dan teknologi maklumat.