Tinjauan terhadap kemurungan dalam kalangan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kemurungan adalah salah satu penyakit mental yang semakin menular setiap hari serta turut dialami oleh para pelajar universiti. Tanpa tindakan sewajarnya, pelajar akan berada pada satu tahap kritikal sehinggalah kepada percubaan untuk membunuh diri. Satu kajian tinjauan dilakukan untuk mengenal p...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Paisan, Mohd Farhan 'Uzair
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2008
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/8732/1/24p%20MOHD%20FARHAN%20%27UZAIR%20PAISAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8732/2/MOHD%20FARHAN%20%27UZAIR%20PAISAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8732/3/MOHD%20FARHAN%20%27UZAIR%20PAISAN%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kemurungan adalah salah satu penyakit mental yang semakin menular setiap hari serta turut dialami oleh para pelajar universiti. Tanpa tindakan sewajarnya, pelajar akan berada pada satu tahap kritikal sehinggalah kepada percubaan untuk membunuh diri. Satu kajian tinjauan dilakukan untuk mengenal pasti dan memahami mengenai kemurungan yang dialami dalam kalangan pelajar di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat, Johor. Kajian ini menumpukan kepada tiga faktor yang menyebabkan kemurungan iaitu faktor kepenatan, faktor kognitif dan emosi serta faktor motivasi akademik. Tindakan pelajar dalam menangani kemurungan turut dikaji berdasarkan tindakan positif dan tindakan negatif. Dalam kajian ini, seramai 366 orang pelajar daripada enam fakulti di UTHM telah dipilih secara rawak mudah sebagai responden kajian. Borang soal selidik telah diadaptasi daripada University Student Depression Inventory (Khawaja et al.,2006). Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social Science Version 16 (SPSS v 16). Kaedah analisis deskriptif digunakan bagi mendapatkan frekuensi, peratusan dan skor min. Hasil kajian mendapati bahawa faktor utama yang menyebabkan kemurungan pelajar adalah faktor kepenatan diikuti oleh faktor motivasi akademik dan yang terakhir adalah faktor kognitif dan emosi. Tahap kemurungan keseluruhan pelajar pula berada pada tahap rendah. Tindakan yang telah pelajar lakukan bagi menangani kemurungan adalah lebih menjurus kepada tindakan positif berbanding tindakan negatif. Kesimpulannya adalah para pelajar di UTHM secara keseluruhannya mengalami kemurungan di tahap yang rendah serta melakukan tindakan yang positif dalam mengatasi kemurungan. Beberapa cadangan telah dikemukakan sebagai tindakan lanjutan pada akhir kajian.