Ultrasound tiga - dimensi
Latarbelakang : Laporan projek ini dibuat bagi menilai kemampuan aplikasi ultrasonografi tiga dimensi (3-D) di dalam pemaparan visual fetus pada trimester ketiga di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Percubaan awal telah dilakukan secara in-vitro ke atas fantom ultrasaun setaraan t...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/8760/1/24p%20SAFFUWAN%20MOHAMED%20JOHAR.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Latarbelakang : Laporan projek ini dibuat bagi menilai kemampuan aplikasi
ultrasonografi tiga dimensi (3-D) di dalam pemaparan visual fetus pada trimester
ketiga di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. Percubaan awal telah
dilakukan secara in-vitro ke atas fantom ultrasaun setaraan tisu, bagi mendapatkan
imej-imej satahan yang berserenjang, imej arbitrari dan pembinaan semula imej
berpeleraian tinggi serta imej render isipadu secara interaktif. Peleraian mesin-mesin
ultrasaun juga dibincangkan. Kaedah : Imej-imej in-vitro dan in-vivo 3-D dijana
menerusi penggunaan sistem pengimejan ultrasaun yang berlainan, dengan masingmasing
berada di Jabatan Radiologi dan Jabatan Obstetrik dan Ginekologi. Sistemsistem
tersebut ialah : Sistem Pengimejan Ultrasaun Sonoline Siemens Elegra yang
dilengkapi dengan transduser tatasusunan linear dan sektor pada pelbagai julat
frekuensi dan Sistem Pengimejan Ultrasaun ATL HDI Phillips. Pemerolehan imej
dilakukan melalui kaedah pengimbasan linear dan ayunan. Keputusan : Melalui dua
sistem pengimejan yang digunakan, struktur-struktur dua dimensi (2-D) dan 3-D
fetus dan fantom daripada pelbagai perspektif dan orientasi dapat dilihat menerusi
paparan empat sukuan secara serentak. Tentukuran ketepatan kaliper dan peleraian
di antara kedua-dua sistem memberikan keputusan yang pelbagai bergantung kepada
jenis transduser dan frekuensi yang digunakan. Kesimpulan : Ultra sonografi secara
3-D memberikan satu dimensi baru di dalam pemaparan visual struktur-struktur
anatomi. Hasil yang diperoleh menunjukkan ultrasonografi 3-D bermaya menjadi
pelengkap kepada ultrasonografi 2-D dan ianya sangat berguna di dalam menilai
keadaan fetus dalam kandungan kehamilan. Penggunaan peralatan pengimbasan
mekanikal bermotor dan alat pengesan kedudukan pengimbas tangan bebas juga
telah dicadangkan. |
---|