Kualiti pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO dari aspek kognitif dan afektif

Pembelajaran kognitif dan afektif merupakan pembelajaran yang perlu ditekankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan tinggi kejuruteraan. Kedua-dua aspek pembelajaran kognitif dan afektif amat penting bagi melahirkan graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran seperti kemahiran...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Tuan Mat, Tuan Rozilaazawani
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2004
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/8769/1/24p%20TUAN%20ROZILAAZAWANI%20TUAN%20MAT.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8769/2/TUAN%20ROZILAAZAWANI%20TUAN%20MAT%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8769/3/TUAN%20ROZILAAZAWANI%20TUAN%20MAT%20WATERMARK.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Pembelajaran kognitif dan afektif merupakan pembelajaran yang perlu ditekankan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dalam pendidikan tinggi kejuruteraan. Kedua-dua aspek pembelajaran kognitif dan afektif amat penting bagi melahirkan graduan yang mempunyai pelbagai kemahiran seperti kemahiran analitikal, menyelesaikan masalah, berfikiran kreatif, komunikasi dan bekerja dalam kumpulan. Kajian ini adalah satu kajian untuk menilai kualiti pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO dari aspek kognitif dan afektif. Responden terdiri daripada 155 orang pelajar Saijana Muda Kejuruteraan KUiTTHO semester akhir sesi 2003/2004 yang telah menjalani latihan industri dipilih secara rawak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah jenis soal selidik dan temubual. Soal selidik digunakan untuk membuat penilaian berdasarkan persepsi responden terhadap pengalaman pembelajaran yang ditempuhi di sepanjang pengajiannya di KUiTTHO. Kaedah temubual digunakan untuk mengenalpasti indikator-indikator pengalaman pembelaj aran pelaj ar-pelaj ar kejuruteraan. Data temubual diperolehi daripada pakar-pakar dalam bidang kejuruteraan di KUiTTHO yang terdiri daripada ketua-ketua jabatan kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal. Data-data yang telah dikumpul, dianalisis menggunakan SPSS version 11.0 yang melibatkan skor min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis nul iaitu Ujian-t Berpasangan dan Analisis Varians. Dapatan kajian menunjukkan kualiti keseluruhan pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO adalah pada tahap sederhana (skor min = 3.55). Bagi kualiti pengalaman pembelajaran dari aspek kognitif dan afektif adalah pada tahap sederhana (skor min = 3.48 dan 3.61 masing-masing). Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara pengalaman pembelajaran pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO dari aspek kognitif dan afektif. Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara jabatan kejuruteraan awam, elektrik dan mekanikal dalam pengalaman pembelajaran keseluruhan pelajar-pelajar kejuruteraan di KUiTTHO dari aspek kognitif dan afektif.