Transformasi dan kejayaan komuniti orang asli Mah Meri Pulau Carey dalam bidang pelancongan

Pelancongan berasaskan komuniti merupakan satu pendekatan baru dalam mengatasi masalah kemiskinan dan tidak ramai komuniti Orang Asli mengambil peluang dari aktiviti ini. Namun ia berbeza dengan komuniti Mah Meri yang telah berjaya menikmati faedah melalui penglibatan dalam pelancongan. Justeru itu,...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nordin, Rohayu
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2016
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/892/2/24p%20ROHAYU%20RODDIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/892/3/ROHAYU%20RODDIN%20%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
id my-uthm-ep.892
record_format uketd_dc
spelling my-uthm-ep.8922022-08-15T02:57:17Z Transformasi dan kejayaan komuniti orang asli Mah Meri Pulau Carey dalam bidang pelancongan 2016-09 Nordin, Rohayu T Technology (General) Pelancongan berasaskan komuniti merupakan satu pendekatan baru dalam mengatasi masalah kemiskinan dan tidak ramai komuniti Orang Asli mengambil peluang dari aktiviti ini. Namun ia berbeza dengan komuniti Mah Meri yang telah berjaya menikmati faedah melalui penglibatan dalam pelancongan. Justeru itu, kajian ini penting untuk meneroka dan menjelaskan proses transformasi serta faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan komuniti Mah Meri dalam pelancongan. Reka bentuk kajian adalah kajian kes penerokaan menggunakan kaedah kualitatif. Temu bual secara semi struktur merupakan kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini dan disokong dengan kaedah pemerhatian dan rujukaan dokumentasi. Kaedah pengumpulan data melibatkan peserta yang terdiri daripada individu yang terlibat dalam aktiviti pelancongan samada ukiran, anyaman ataupun tarian. Seramai 11 orang peserta terlibat dalam kajian ini dan disokong oleh lima orang peserta yang terdiri daripada wakil dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Tok Batin Kampung Sungai Bumbun. Peserta kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan dibantu teknik bebola salji. Aplikasi Atlas.ti digunakan dalam proses menganalisis data kajian bagi mendapatkan tema-tema utama kajian. Hasil kajian menunjukkan proses penglibatan komuniti Mah Meri dalam pelancongan terbahagi kepada empat peringkat iaitu, proses permulaan, pengembangan, pencapaian dan pengekalan. Proses ini telah memberi perubahan kepada individu, komuniti dan persekitaran mereka dari aspek fizikal, sosial dan ekonomi. Peranan pihak JAKOA merupakan pencetus awal kepada proses transformasi komuniti Mah Meri yang menyebabkan berlakunya refleksi terhadap kesedaran untuk berubah. Faktor dalaman dan faktor luaran merupakan penemuan penting yang menyokong pembangunan potensi serta keupayaan komuniti melalui perubahan minda, sikap dan tingkah laku. Faktor dalaman seperti sikap, motivasi, keusahawanan, tadbir urus, pengalaman, kemahiran dan ideologi merupakan atribut psikologi asli yang mempengaruhi kejayaan komuniti Mah Meri disokong pula dengan faktor luaran seperti sistem sokongan, jaringan kerjasama dan imej. Integrasi peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin tempatan adalah penting dalam pembangunan transformasi komuniti orang Asli. Pendekatan top-down dan bottom-up perlu dalam menjana potensi komuniti melalui program pelancongan agar perancangan pihak kerajaan adalah selari dengan apa yang diperlukan oleh komuniti Orang Asli. Melalui cara ini akan wujud rasa kepunyaan dan penghargaan yang tinggi terhadap setiap program yang dilaksanakan ke arah mencapai pelancongan berjaya dan lestari. Hasil kajian ini dapat menjadi rujukan kepada pihak berkepentingan dalam merancang dasar dan strategi, dan mengembangkan kepakaran dalam bidang berkaitan. Dapatan ini juga mampu menjadi panduan kepada komuniti terpinggir lain dalam memajukan diri melalui aktiviti pelancongan. 2016-09 Thesis http://eprints.uthm.edu.my/892/ http://eprints.uthm.edu.my/892/2/24p%20ROHAYU%20RODDIN.pdf text en public http://eprints.uthm.edu.my/892/3/ROHAYU%20RODDIN%20%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf text en staffonly phd doctoral Universiti Teknologi Malaysia Faculty of Built Environment
institution Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
collection UTHM Institutional Repository
language English
English
topic T Technology (General)
spellingShingle T Technology (General)
Nordin, Rohayu
Transformasi dan kejayaan komuniti orang asli Mah Meri Pulau Carey dalam bidang pelancongan
description Pelancongan berasaskan komuniti merupakan satu pendekatan baru dalam mengatasi masalah kemiskinan dan tidak ramai komuniti Orang Asli mengambil peluang dari aktiviti ini. Namun ia berbeza dengan komuniti Mah Meri yang telah berjaya menikmati faedah melalui penglibatan dalam pelancongan. Justeru itu, kajian ini penting untuk meneroka dan menjelaskan proses transformasi serta faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan komuniti Mah Meri dalam pelancongan. Reka bentuk kajian adalah kajian kes penerokaan menggunakan kaedah kualitatif. Temu bual secara semi struktur merupakan kaedah utama yang digunakan dalam kajian ini dan disokong dengan kaedah pemerhatian dan rujukaan dokumentasi. Kaedah pengumpulan data melibatkan peserta yang terdiri daripada individu yang terlibat dalam aktiviti pelancongan samada ukiran, anyaman ataupun tarian. Seramai 11 orang peserta terlibat dalam kajian ini dan disokong oleh lima orang peserta yang terdiri daripada wakil dari Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Tok Batin Kampung Sungai Bumbun. Peserta kajian dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan dan dibantu teknik bebola salji. Aplikasi Atlas.ti digunakan dalam proses menganalisis data kajian bagi mendapatkan tema-tema utama kajian. Hasil kajian menunjukkan proses penglibatan komuniti Mah Meri dalam pelancongan terbahagi kepada empat peringkat iaitu, proses permulaan, pengembangan, pencapaian dan pengekalan. Proses ini telah memberi perubahan kepada individu, komuniti dan persekitaran mereka dari aspek fizikal, sosial dan ekonomi. Peranan pihak JAKOA merupakan pencetus awal kepada proses transformasi komuniti Mah Meri yang menyebabkan berlakunya refleksi terhadap kesedaran untuk berubah. Faktor dalaman dan faktor luaran merupakan penemuan penting yang menyokong pembangunan potensi serta keupayaan komuniti melalui perubahan minda, sikap dan tingkah laku. Faktor dalaman seperti sikap, motivasi, keusahawanan, tadbir urus, pengalaman, kemahiran dan ideologi merupakan atribut psikologi asli yang mempengaruhi kejayaan komuniti Mah Meri disokong pula dengan faktor luaran seperti sistem sokongan, jaringan kerjasama dan imej. Integrasi peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin tempatan adalah penting dalam pembangunan transformasi komuniti orang Asli. Pendekatan top-down dan bottom-up perlu dalam menjana potensi komuniti melalui program pelancongan agar perancangan pihak kerajaan adalah selari dengan apa yang diperlukan oleh komuniti Orang Asli. Melalui cara ini akan wujud rasa kepunyaan dan penghargaan yang tinggi terhadap setiap program yang dilaksanakan ke arah mencapai pelancongan berjaya dan lestari. Hasil kajian ini dapat menjadi rujukan kepada pihak berkepentingan dalam merancang dasar dan strategi, dan mengembangkan kepakaran dalam bidang berkaitan. Dapatan ini juga mampu menjadi panduan kepada komuniti terpinggir lain dalam memajukan diri melalui aktiviti pelancongan.
format Thesis
qualification_name Doctor of Philosophy (PhD.)
qualification_level Doctorate
author Nordin, Rohayu
author_facet Nordin, Rohayu
author_sort Nordin, Rohayu
title Transformasi dan kejayaan komuniti orang asli Mah Meri Pulau Carey dalam bidang pelancongan
title_short Transformasi dan kejayaan komuniti orang asli Mah Meri Pulau Carey dalam bidang pelancongan
title_full Transformasi dan kejayaan komuniti orang asli Mah Meri Pulau Carey dalam bidang pelancongan
title_fullStr Transformasi dan kejayaan komuniti orang asli Mah Meri Pulau Carey dalam bidang pelancongan
title_full_unstemmed Transformasi dan kejayaan komuniti orang asli Mah Meri Pulau Carey dalam bidang pelancongan
title_sort transformasi dan kejayaan komuniti orang asli mah meri pulau carey dalam bidang pelancongan
granting_institution Universiti Teknologi Malaysia
granting_department Faculty of Built Environment
publishDate 2016
url http://eprints.uthm.edu.my/892/2/24p%20ROHAYU%20RODDIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/892/3/ROHAYU%20RODDIN%20%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
_version_ 1747830707671007232