Pelaksanaan sistem penilaian bestari satu tinjauan ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim, Batu Pahat, Johor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat Pontian, Johor

Pelaksanaan Sekolah Bestari yang telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan satu agenda untuk memperlihatkan kecemerlangan pendidikan negara kita. Disamping itu, ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cerdas dan pandai, berpendidikan dan berpengetahuan serta berbudi peker...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
Main Authors: Ismail, Asmelinda, Badri, Bahariatulaini, Abd. Hamid, Faizatul Amla
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2001
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/8961/1/24p%20ASMELINDA%20ISMAIL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8961/2/ASMELINDA%20ISMAIL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8961/3/ASMELINDA%20ISMAIL%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Pelaksanaan Sekolah Bestari yang telah dirancang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan satu agenda untuk memperlihatkan kecemerlangan pendidikan negara kita. Disamping itu, ia bertujuan untuk melahirkan pelajar yang cerdas dan pandai, berpendidikan dan berpengetahuan serta berbudi pekerti mulia. Sistem Sekolah Bestari juga berasaskan kepada pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Salah satu instrumen program Sekolah Bestari yang dijalankan ialah Sistem Penilaian Bestari. Sistem ini memfokuskan kepada menilai juga merekodkan setiap kemajuan dan prestasi akademik yang dicapai oleh para pelajar. Oleh yang sedemikian, ia menjadi pengukur salah satu kejayaan Sekolah Bestari. Justeru itu, dalam kajian ini pengkaji akan melihat sejauhmanakah pihak Pentabiran Sekolah, guru dan para pelajar memahami Sistem Penilaian Bestari dari segi pengetahuan, pendedahan, pelaksanaan dan permasalahan yang dihadapi. Kajian difokuskan kepada dua buah Sekolah Bestari di sekitar negeri Johor iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggung Ibrahim, Batu Pahat dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Penggawa Barat, Pontian. Kajian yang dijalankan akan melibatkan seramai 40 orang responden. Manakala borang soal selidik merupakan instrumen kajian yang akan digunakan didalam penyelidikan ini. Data-data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel. Melalui hasil dapatan data-data tersebut kebanyakkan menunjukkan aspek pelaksanaan Sistem Penilaian Bestari masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Pengkaji mengandaikan sikap guru yang memandang mudah dan tidak melaksanakan Sistem Penilaian Bestari merupakan faktor utama ia tidak diaplikasikan dengan sempurna di sekolah-sekolah Bestari tersebut. Maka dengan itu, diharapakan kertas kajian ini dapat membantu pihak-pihak tertentu dalam memahami dan seterusnya dapat merealisasikan pelaksanaan Sistem Penilaian Bestari.