Mengenal pasti masalah pemahaman dan hubungannya dengan latar belakang matematik, gaya pembelajaran, motivasi dan minat pelajar terhadap bab pengawalan kos makanan di Sekolah Menengah Teknik (ERT) Rembau : satu kajian kes

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan korelasi antara latar belakang Matematik, gaya pembelajaran, motivasi dan minat dengan pemahaman pelajar terhadap bab tersebut. Responden adalah seramai 30 orang iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan lima kursus Katering, Sekolah Menengah Teknik (E...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Awadz @ Hussin, Hafidah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/8964/1/24p%20HAFIDAH%20AWADZ%20%40%20HUSSIN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8964/2/HAFIDAH%20AWADZ%20%40%20HUSSIN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8964/3/HAFIDAH%20AWADZ%20%40%20HUSSIN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan untuk mengkaji hubungan korelasi antara latar belakang Matematik, gaya pembelajaran, motivasi dan minat dengan pemahaman pelajar terhadap bab tersebut. Responden adalah seramai 30 orang iaitu terdiri daripada pelajar tingkatan lima kursus Katering, Sekolah Menengah Teknik (ERT) Rembau, Negeri Sembilan. Instrumen kajian adalah soal selidik dan semua data dianalisis menggunakan program SPSS versi 10.0 untuk mendapatkan nilai min dan nilai korelasi bagi memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa hubungan korelasi antara gaya pembelajaran pelajar terhadap pemahaman pelajar adalah kuat. Manakala hubungan korelasi antara latar belakang Matematik, motivasi dan minat terhadap pemahaman pelajar adalah sederhana. Nilai tahap min bagi masalah pemahaman pelajar, latar belakang Matematik, gaya pembelajaran, motivasi dan minat terhadap bab Pengawalan Kos Makanan adalah sederhana. Kajian ini mencadangkan penghasilan satu Modul Pembelajaran Kendiri bagi bab Pengawalan Kos Makanan untuk membantu pelajar kursus Katering dalam proses pembelajaran mereka.