Satu tinjauan keberkesanan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar sarjana muda (lukisan kejuruteraan) di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau keberkesanan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam mataplajaran Lukisan Kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Ianya melihat kepada beberapa objektif khusus dalam menentukan prestasi pelajar dalam ma...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hashim, Mohd Hafiz
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2001
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/8977/1/24p%20MOHD%20HAFIZ%20HASHIM.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8977/2/MOHD%20HAFIZ%20HASHIM%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8977/3/MOHD%20HAFIZ%20HASHIM%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk meninjau keberkesanan faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar dalam mataplajaran Lukisan Kejuruteraan di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO). Ianya melihat kepada beberapa objektif khusus dalam menentukan prestasi pelajar dalam matapelajaran Lukisan Kejuruteraan, di antara faktor-faktor tersebut adalah dari segi sikap dan minat pelajar serta cara pengajaran pensyarah tersebut dan terhadap kemudahan yang sedia ada di makmal lukisan. Dalam melaksanakan kajian ini terdapat beberapa persoalan kajian yang dilihat iaitu terhadap sikap dan minat pelajar sama ada ianya mempengaruhi prestasi pelajar tersebut dalam matapelajaran lukisan kejuruteraan, juga dari segi cara pengajaran pensyarah dan kemudahan- kemudahan yang sedia ada. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik dan data yang diperolehi dianalisis bagi tujuan dipersembahkan dalam bentuk carta dan jadual statistical. Kajian ini mendapati kefahaman pelajar terhadap sumber tentang kepentingan lukisan kejuruteraan. Faktor sikap, minat cara pengajaran pensyarah dan kemudahan yang sedia ada di makmal adalah merupakan faktor yang mempengaruhi tahap prestasi pelajar dalam matapelajaran ini. Penekanan yang difokuskan ini adalah supaya pensyarah memberi banyak pendedahan dan kepentingan matapelajaran ini serta mempelbagaikan kaedah pengajaran dan juga mengadakan banyak perbincangan yang berterusan dengan pelajar.