Hubungan di antara status sosio ekonomi (SSE) keluarga dengan pencapaian akademik : satu kajian ke atas pelajar aliran teknikal di Sekolah Menengah Teknik Negeri Sembilan

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara status sosio ekonomi (SSE) keluarga dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar aliran teknikal. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tingkatan empat aliran teknikal di lima buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan iaitu Sekolah Men...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Mat Il, Mohd Zainal
التنسيق: أطروحة
اللغة:English
English
English
منشور في: 2004
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:http://eprints.uthm.edu.my/8979/1/24p%20MOHD%20ZAINAL%20MAT%20IL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8979/2/MOHD%20ZAINAL%20MAT%20IL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/8979/3/MOHD%20ZAINAL%20MAT%20IL%20WATERMARK.pdf
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara status sosio ekonomi (SSE) keluarga dengan pencapaian akademik di kalangan pelajar aliran teknikal. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar tingkatan empat aliran teknikal di lima buah Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan iaitu Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Sekolah Menengah Teknik Pertanian Rembau, Sekolah Menengah Teknik Ampangan dan Sekolah Menengah Teknik Port Dicksoa Seramai 350 orang pelajar terlibat dalam kajian ini dan dipilih secara rawak mudah. Analisis regresi mudah dan regresi berbilang digunakan untuk melihat hubungan di antara pembolehubah yang dikaji. Keseluruhan data kajian telah dianahsis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 11.5 dengan membuat pengiraan peratusan dan regresi. Dapatan kajian menunjukkan secara majoritinya, SSE mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap pencapaian akademik pelajar. Dengan itu dapat dirumuskan bahawa SSE mempengaruhi tahap pencapaian akademik pelajar aliran teknikal. Beberapa cadangan dikemukakan untuk panduan kajian selanjutnya.