Penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah terhadap pengurusan makmal di politeknik

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah terhadap pengurusan makmal serta mengenalpasti tahap penguasaan mengikut jantina dan pengalaman menjadi penyelia makmal. Rasional kajian ini dilakukan adalah untuk memperbaiki dan m...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohd Noh, Norasyidah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9000/1/24p%20NORASYIDAH%20MOHD%20NOH.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9000/2/NORASYIDAH%20MOHD%20NOH%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9000/3/NORASYIDAH%20MOHD%20NOH%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pensyarah terhadap pengurusan makmal serta mengenalpasti tahap penguasaan mengikut jantina dan pengalaman menjadi penyelia makmal. Rasional kajian ini dilakukan adalah untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi kualiti pengurusan makmal bagi melancarkan lagi operasi penggunaan makmal. Jumlah sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 48 orang pensyarah yang menjadi penyelia makmal dan bengkel kejuruteraan mekanikal. Tiga buah politeknik dipilih iaitu Politeknik Ungku Omar, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Merlimau. Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik dan temu bual tak berstruktur. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Packages for the Social Sciences (SPSS) Versi 15.0. Kaedah analisis data bagi menjalankan kajian ini ialah statistik deskriptif (skor min) dan inferensi (Ujian-t dan ANOVA). Hasil yang diperolehi mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran insaniah pensyarah dalam pengurusan makmal yang terangkum pengurusan bahan, perolehan dan susun atur makmal adalah tinggi. Disamping itu, hasil analisis mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara tahap penguasaan kemahiran insaniah antara pensyarah lelaki dan wanita. Manakala analisis terakhir mendapati bahawa terdapat perkaitan yang signifikan bagi tempoh pengalaman menjadi penyelia makmal terhadap tahap penguasaan kemahiran insaniah pensyarah.