Cover image Normal view MARC view ISBD view Tinjauan keatas pola nilai, kepercayaan dan motivasi yang dihayati oleh pelajar KUiTTHO : satu kajian kes ke atas pelajar semester pertama program diploma kejuruteraan sesi 2001/2002 di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn

Kajian ini beijudul "Tinjauan ke atas pola nilai. kepercavaan dan motivasi yang dihayad oleh pelajar : Satu kajian kes di kalangan pelajar semester perlama program Diploma Kejuruteraan sesi 2001 / 2002 di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.". Seramai 123 responden dipilih melalu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Md. Adnan, Admawati
Format: Thesis
Language:English
English
Published: 2001
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9018/1/24p%20ADMAWATI%20MD.%20ADNAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9018/2/ADMAWATI%20MD.%20ADNAN%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini beijudul "Tinjauan ke atas pola nilai. kepercavaan dan motivasi yang dihayad oleh pelajar : Satu kajian kes di kalangan pelajar semester perlama program Diploma Kejuruteraan sesi 2001 / 2002 di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.". Seramai 123 responden dipilih melalui kaedah persampelan berkelompok untuk mewakili 180 populasi kajian yang terdiri dari kumpulan pelajar Dipolma Kejuruteraan A warn, Elektrik dan Mekanikal. Kajian ini tertumpu kepada analisis soal selidik untuk mengumpul maklum balas responden mengenai; i) apakah perkara yang paling diingini dalam kehidupan, ii) apakah yang dianggap penting dalam kehidupan, iii) apakah cabaran yang paling membimbangkan dan iv) mengenai pasti aras kebolehan mengatasi tekanan kehidupan sebagai pelajar. Dapatan kajian mendapati 66.7% responden paling ingin menjadi seorang berwibawa dalam akademik sebagai perkara paling diingini dalam kehidupan, 62.6% responden mengatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan adalah pembangunan kerohanian, 43.1% responden meletakkan hubungan kurang baik dengan pensyarah sebagai cabaran yang paling membimbangkan. Mengenai aras kebolehan mengatasi tekanan kehidupan pula, kajian ini mendapati seramai 69.9% respoden mengatakan pegangan agama membantu mengatasi tekanan kehidupan, 65.9% responden menyatakan bahawa mereka memiliki tahap kepercayaan diri yang tinggi, 61.8% responden mempunyai keinginan memperbaiki kelemahan diri sendiri, 63.4% responden percaya disiplin yang baik membantu mengatasi tekanan hidup. Keseluruhan kajian ini mendapati responden memiliki pola pegangan nilai, kepercayaan dan motivasi yang positif terhadap prestasi akademik dan kehidupan. Maklum balas ini diharapkan dapat membantu pihak institusi merancang program sokongan akademik dan pembangunan pelajar yang menepati dengan keperluan scbcnar pelajar di KUiTTHO.