Penggunaan ABBM dalam proses pengajaran dan pembelajaran lukisan kejuruteraan: satu kajian kes di Politeknik Port Dickson

Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan di kalangan pensyarah Lukisan Kejuruteraan di Politeknik Port Dickson. Seramai 20 orang responden yang terdiri daripada semua pensyarah Lukisan Ke...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mohamad @ Mohd Nor, Aryuziyanti
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9035/1/24p%20ARYUZIYANTI%20MOHAMAD%20%40%20MOHD%20NOR.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9035/2/ARYUZIYANTI%20MOHAMAD%20%40%20MOHD%20NOR%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9035/3/ARYUZIYANTI%20MOHAMAD%20%40%20MOHD%20NOR%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti penggunaan alat bahan bantu mengajar (ABBM) dalam proses pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan di kalangan pensyarah Lukisan Kejuruteraan di Politeknik Port Dickson. Seramai 20 orang responden yang terdiri daripada semua pensyarah Lukisan Kejuruteraan telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik yang disediakan. Data kajian telah dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif yang melibatkan kekerapan, peratusan kekerapan dan min dengan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan juga perisian Microsoft Excel. Analisis kajian menunjukkan bahawa ABBM jenis bukan elektronik yang biasa digunakan dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan adalah tidak pelbagai manakala ABBM jenis elektronik seperti LCD, OHP, video, dan CD interaktif tidak disediakan langsung dalam Studio Lukisan atau pengajaran Lukisan Kejuruteraan ini. Kekurangan penyediaan pelbagai jenis ABBM menyebabkan kekerapan penggunaan ABBM dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan adalah terhad kepada penggunaan ABBM bukan elektronik. Tetapi penerimaan pensyarah terhadap kepentingan penggunaan ABBM dalam keberkesanan pengajaran Lukisan Kejuruteraan adalah positif. Namun begitu, terdapat faktor seperti tahap dan fungsi pengetahuan lepas pelajar, saiz ABBM, penjagaan ABBM dan kemudahan memperoleh mempengaruhi kekurangan penggunaan ABBM dalam pengajaran Lukisan Kejuruteraan. Diharap pihak berkaitan bekeijasama meningkatkan lagi penggunaan ABBM elektronik dan juga mengadakan kursus untuk membolehkan penggunaan ABBM yang lebih efisyen khususnya dalam Lukisan Kejuruteraan.