Penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dan hubungannya dengan pencapaian akademik: satu tinjauan ke atas pelajar diploma dan sarjana muda KUiTTHO

Kajian ini bertajuk "Penglibatan Pelajar Dalam Bidang Kokurikulum Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar Diploma Dan Saijana Muda KUiTTHO". Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum den...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Abdul Razak, Azizah
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2002
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/9036/1/24p%20AZIZAH%20ABDUL%20RAZAK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9036/2/AZIZAH%20ABDUL%20RAZAK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9036/3/AZIZAH%20ABDUL%20RAZAK%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini bertajuk "Penglibatan Pelajar Dalam Bidang Kokurikulum Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik: Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar Diploma Dan Saijana Muda KUiTTHO". Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti hubungan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik pelajar serta mengukur persepsi mereka terhadap kegiatan kokurikulum. Sampel kajian ini adalah seramai 145 orang yang terdiri daripada pelajar Diploma dan Saijana Muda KUiTTHO. Kajian ini berbentuk tinjauan yang menggunakan dua jenis instrumen iaitu soal selidik dan temubual untuk mengumpul data. Hubungan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik mereka dianalisis dengan menggunakan korelasi Pearson. Hasil daripada analisis tersebut mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum dengan pencapaian akademik (indeks korelasi -0.412). Manakala bagi persepsi para pelajar ke atas kegiatan kokurikulum dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan dapatan menunjukkan para pelajar mempunyai persepsi yang positif ke atas kegiatan kokurikulum. Kesemua analisis ini dilakukan dengan menggunakan 'Statistical Package For Social Science' (SPSS) versi 10.0 dan Microsoft Excel.