Merekabentuk modul pembelajaran ukur kejuruteraan (C301) berasaskan laman web

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan telah berkembang dengan pesat dalam era globalisasi. Perkembangan dalam dunia teknologi maklumat sudah pasti mempengaruhi gaya persekitaran, inovasi dan reformasi bidang pendidikan. Oleh itu, proses pembelajaran telah dira...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohamed, Nadia
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2003
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/9044/1/24p%20NADIA%20MOHAMED.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9044/2/NADIA%20MOHAMED%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9044/3/NADIA%20MOHAMED%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan telah berkembang dengan pesat dalam era globalisasi. Perkembangan dalam dunia teknologi maklumat sudah pasti mempengaruhi gaya persekitaran, inovasi dan reformasi bidang pendidikan. Oleh itu, proses pembelajaran telah dirancang supaya berlaku dalam persekitaran yang kondusif yang dapat mengoptimumkan penggunaan ICT. Sejajar dengan keadaan ini, kajian 'Merekabentuk Modul Pembelajaran Berasaskan Laman Web Ukur Kejuruteraan (C301)' dijalankan dengan matlamat untuk merekabentuk dan mengkaji kesesuaian pembelajaran berbantukan komputer iaitu dengan menggunakan modul pembelajaran berasaskan web. Data-data telah diperolehi melalui borang soal selidik dan seramai 30 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Awam Politeknik Shah Alam telah diminta memberikan maklum balas-untuk mengetahui kesesuaian penggunaan laman web ini dalam pembelajaran Ukur Kejuruteraan (C301). Perisian "Statistical Packages For Social Sciences" (SPSS) digunakan dalam pemprosesan dan penganalisaan data bagi memperolehi kekerapan dan skor min. Hasil dapatan kajian mendapati majoriti responden bersetuju bahawa pengkaji beijaya merekabentuk modul pembelajaran yang menggunakan teknologi informasi berasaskan web yang berkesan dan efektif. Responden juga telah bersetuju bahawa laman web yang dibangunkan dapat menjadi alternatif kepada pelajar ukur kejuruteraan mendapatkan sumber serta rujukan pembelajaran berasaskan internet dan modul ini juga sesuai dijadikan sebagai salah satu media pembelajaran dan pengajaran bagi subjek Ukur Kejuruteraan (C301).