Hubungan di antara matapelajaran program sarjana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO dan tahap kecekapan mengajar, graduan di Politeknik Shah Alam
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan matapclajaran ( Pcdagogi dan Kaedah Mengajar Bidang Khusus ) yang ditawarkan di bawah program Sarjana Pendidikan ( Teknikal) KUiTTHO dalam membantu tugas graduan sebagai pensyarah di Politeknik. Hubungan di antara aspek kefahaman konsep matapel...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9045/1/24p%20NOOR%20AZIMAH%20ABDUL%20GHANI.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9045/2/NOOR%20AZIMAH%20ABDUL%20GHANI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9045/3/NOOR%20AZIMAH%20ABDUL%20GHANI%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kepentingan matapclajaran ( Pcdagogi
dan Kaedah Mengajar Bidang Khusus ) yang ditawarkan di bawah program Sarjana
Pendidikan ( Teknikal) KUiTTHO dalam membantu tugas graduan sebagai pensyarah di
Politeknik. Hubungan di antara aspek kefahaman konsep matapelajaran dan kekerapan
penggunaan ilmu serta kemahiran tersebut akan memberi gambaran tahap kccekapan
mengajar, graduan KUiTTHO di Politeknik Shah Alam ( PSA ). Seramai 80 responden
terdiri daripada 32 orang pengajar lelaki dan 48 orang pengajar perempuan yang
dijadikan sampel bagi mewakili pensyarah-pensyarah lulusan KUiTTHO. Responden
terdiri daripada pensyarah dari bidang kejuruteraan, perdagangan, sains dan matcmatik
dan lain-lain bahagian sokongan di PSA. Kajian kes ini berbentuk diskriptif iaitu
menggunakan kaedah tinjauan sampel oleh penyelidik. Jenis alat pengukuran yang
digunakan bagi pengumpulan data adalah borang soal selidik yang mengandungi soalansoalan
berkaitan dengan aspek kefahaman konsep matapelajaran yang dipelajari di
KUiTTHO dan aspek kekerapan penggunaan konsep dan kemahiran tersebut di PSA.
Penganalisisan data menggunakan kaedah analisis statistik diskriptif dengan bantuan
perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan di antara matapelajaran
dengan tahap kecekapan mengajar bagi graduan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di politeknik. Didapati tahap kefahaman konsep yang dipelajari mampu
melahirkan pensyarah yang berkualiti dan cekap dalam melaksanakan tanggungjawabnya
sebagai seorang pengajar. Ini adalah kerana kemahiran-kemahiran seperti merancang.
mengajar, mengaplikasikan ABBM, pengukuhan, variasi rangsangan, dan menilai mampu
melahirkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran apabila para
pensyarah mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran tersebut dengan sebaik mungkin. |
---|