Pengurusan masa pelajar Kejuruteraan Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di Universiti Sains Malaysia (USM) : ke arah pembinaan jadual pengurusan masa pelajar kejuruteraan secara jarak jauh

Pengurusan masa yang berkesan amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Apatah lagi, jika ia melibatkan pelajar pendidikan jarak jauh yang mempunyai lebih dari satu komitmen dalam satu masa. Ekoran dari permasalahan ini, kajian ini dibuat bertujuan untuk melihat sejauhmana keperluan penggun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zainal, Aznira
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2004
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9114/1/24p%20AZNIRA%20ZAINAL.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9114/2/AZNIRA%20ZAINAL%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9114/3/AZNIRA%20ZAINAL%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Pengurusan masa yang berkesan amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar. Apatah lagi, jika ia melibatkan pelajar pendidikan jarak jauh yang mempunyai lebih dari satu komitmen dalam satu masa. Ekoran dari permasalahan ini, kajian ini dibuat bertujuan untuk melihat sejauhmana keperluan penggunaan jadual pengurusan masa di kalangan pelajar yang mengikuti program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) aliran kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia. Kajian ini juga melihat item-item yang diperlukan dalam menghasilkan jadual pengurusan masa di kalangan pelajar kejuruteraan secara jarak jauh dan melihat bagaimanakah jadual pengurusan masa tersebut mampu membantu pelajar kejuruteraan secara jarak jauh mengatur aktiviti mereka. Terdapat 35 set soal selidik telah diedarkan kepada responden bagi memenuhi kajian ini. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kuantitatif untuk mendapatkan data. Berdasarkan dapatan kajian, didapati bahawa pelajar program Pendidikan Jarak Jauh aliran kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia (USM) memerlukan jadual pengurusan masa dalam mengatur aktiviti mereka. Antara item yang perlu ada dalam jadual pengurusan masa tersebut ialah ibadat, mengulangkaji, keija, peijalanan berulang alik ke tempat keija, belajar secara Pendidikan jarak Jauh (PJJ), riadah dan sukan, peijalanan berulang alik ke tempat belajar, masa untuk keluarga dan rakan, belajar secara berkumpulan dan belajar secara bersendirian. Dengan adanya jadual pengurusan masa ia akan mampu membantu pelajar kejuruteraan secara jarak jauh mengatur aktiviti mereka. Jadual perancangan keija, jadual m a s a harian, jadual perancangan harian dan jadual perancangan mingguan merupakan pendekatan yang dicadangkan dan boleh dipraktikkan agar masa dapat diatur dengan lebih sistematik.