Pembangunan templat laman web interaktif untuk pensyarah politeknik

Perkembangan teknologi Internet dan kepesatan ilmu Teknologi Maklumat memberi impak yang hebat kepada bidang pendidikan. Ia merupakan satu cabaran kepada warga pendidik untuk menyerap dan mengaplikasikan teknologi ini di dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa tentulah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Ishak, Isfa Kamal
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9118/2/24p%20ISFA%20KAMAL%20ISHAK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9118/1/ISFA%20KAMAL%20ISHAK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9118/3/ISFA%20KAMAL%20ISHAK%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Perkembangan teknologi Internet dan kepesatan ilmu Teknologi Maklumat memberi impak yang hebat kepada bidang pendidikan. Ia merupakan satu cabaran kepada warga pendidik untuk menyerap dan mengaplikasikan teknologi ini di dalam bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, sebagai manusia biasa tentulah usahamurni mereka akan menghadapi rintangan dan dugaaa Tujuan kajian ini dijalankan ialah untuk mengenalpasti keperluan kepada satu templat yang boleh membantu pensyarah politeknik membina laman web untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Projek Saijana ini seterusnya membangunkan satu templat laman web interaktif yang boleh memudahkan proses membina dan mengemaskini laman web oleh pensyarah politeknik. Populasi kajian terdiri daripada pensyarah-pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah. Data dikumpul menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan taburan frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran membina laman web di kalangan pensyarah adalah rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapatnya kekangan-kekangan yang menghalang pensyarah membina laman web untuk pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya para pensyarah menyokong pembinaan satu templat yang boleh membantu mereka membina laman web. Akhirnya, dapatan kajian merumuskan satu set kriteria laman templat yang akan menarik pensyarah untuk menggunakannya. Oleh itu dicadangkan kepada pihak yang terbabit supaya dapat memperkembangkan lagi prototaip yang telah dibina ini sehingga ianya digunakan sebagai fasiliti Teknologi Maklumat di politeknik.