Penghasilan buku panduan rekabentuk pengeluaran sebagai ABBM sokongan di dalam proses pembelajaran di Kalangan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) di KUiTTHO

Sebuah Buku Panduan Rekabentuk Pengeluaran dalam bentuk bahan bercetak dihasilkan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) sokongan untuk pelajar yang mengkhusus di dalam bidang kejuruteraan mekanikal pembuatan. Buku panduan ini dibangunkan berdasarkan kepada Model Rekabentuk Hannafin dan Peck....

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Mohd Hassan @ Abd Ghani, Mohd Shahril
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2003
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/9137/1/24p%20MOHD%20SHAHRIL%20MOHD%20HASSAN%20%40%20ABD%20GHANI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9137/2/MOHD%20SHAHRIL%20MOHD%20HASSAN%20%40%20ABD%20GHANI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9137/3/MOHD%20SHAHRIL%20MOHD%20HASSAN%20%40%20ABD%20GHANI%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Sebuah Buku Panduan Rekabentuk Pengeluaran dalam bentuk bahan bercetak dihasilkan sebagai alat bahan bantu mengajar (ABBM) sokongan untuk pelajar yang mengkhusus di dalam bidang kejuruteraan mekanikal pembuatan. Buku panduan ini dibangunkan berdasarkan kepada Model Rekabentuk Hannafin dan Peck. Pembangunan buku panduan yang dihasilkan ditekankan secara keseluruhan merangkumi konsep yang menggunakan 4 konstruk utama iaitu mesra pengguna, kebolehgunaan, kesesuaian dan motivasi. Keempat - empat konstruk ini digunakan sebagai indikator untuk menilai kualiti buku panduan yang dihasilkan. Kandungan keseluruhan dan seterusnya rekabentuk fizikal buku panduan juga ditekankan. Kaedah penilaian yang digunakan adalah kaedah tinjauan berbentuk kuantitatif dengan menggunakan instrumen soal selidik. Data yang diperolehi diproses dan dianalisis menggunakan SPSS 11.0 dan diukur dengan kaedah peratusan dan skor min. Sebanyak 24 orang responden terdiri daripada pelajar tahun 4 Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan (4BWM) dipilih untuk kajian ini. Hasil daripada kajian ini menunjukkan persepsi responden terhadap kualiti buku panduan yang dihasilkan adalah positif dan ianya sesuai digunakan sebagai ABBM sokongan sama ada disebelah pihak pelajar mahupun pengajar.