Persepsi pensyarah tentang program perkembangan staf (PPS) di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS)

Tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk meninjau persepsi pensyarah tentang Program Perkembangan Staf. Objektif kajian ialah meninjau persepsi pensyarah tentang kepentingan Program Perkembangan Staf kepada mereka. Di samping itu, kajian juga tertumpu kepada persepsi pensyarah tentang tahap...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mat Isa, Mohd Nizam
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2002
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9138/1/24p%20MOHD%20NIZAM%20MAT%20ISA.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9138/2/MOHD%20NIZAM%20MAT%20ISA%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9138/3/MOHD%20NIZAM%20MAT%20ISA%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan penyelidikan ini dijalankan ialah untuk meninjau persepsi pensyarah tentang Program Perkembangan Staf. Objektif kajian ialah meninjau persepsi pensyarah tentang kepentingan Program Perkembangan Staf kepada mereka. Di samping itu, kajian juga tertumpu kepada persepsi pensyarah tentang tahap pelaksanaan Program Perkembangan Staf oleh pihak pengurusan. Selain itu, kajian ini meninjau tahap sokongan yang diberikan oleh pengarah atau ketua jabatan terhadap penglihatan pensyarah dalam Program Perkembangan Staf. Seramai 80 orang pensyarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLIMAS) yang merangkumi empat jabatan telah terlibat dalam kajian yang dijalankan. Instrumen kajian ialah soal selidik dan datadata yang telah diperoleh telah dianalisis menggunakan program SPSS versi 10.0 dan Microsoft Excel digunakan untuk memudahkan penyiapan kajian. Hasil kajian mendapati secara keseluruhannya pensyarah-pensyarah mendapati Program Perkembangan Staf ini penting untuk meningkatkan profesionalisme mereka. Mereka mengatakan pelaksanaan Program Perkembangan Staf berada di tahap yang rendah manakala sokongan yang diberikan berada di tahap yang sederhana.