Gaya pembelajaran pelajar kejuruteraan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran paling dominan. Di samping itu kajian juga mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran paling dominan dengan jantina pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Seramai 438 orang pelajar kejuruteraan tahun akhir di UTHM t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Che Abd Razak, Nohayati Sa’adah
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2008
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9139/1/24p%20NOHAYATI%20SA%27ADAH%20CHE%20ABD%20RAZAK.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9139/2/NOHAYATI%20SA%27ADAH%20CHE%20ABD%20RAZAK%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9139/3/NOHAYATI%20SA%27ADAH%20CHE%20ABD%20RAZAK%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran paling dominan. Di samping itu kajian juga mengenal pasti perbezaan gaya pembelajaran paling dominan dengan jantina pelajar dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Seramai 438 orang pelajar kejuruteraan tahun akhir di UTHM telah terlibat sebagai responden kajian. Soal selidik yang digunakan mengandungi soalan berbentuk demografl dan juga 44 soal selidik berdasarkan Felder-Solomon Index Learning of Styles (1996). Skor min digunakan bagi mengenal pasti gaya pembelajaran paling dominan bagi setiap fakulti kejuruteraan di UTHM. Didapati gaya pembelajaran untuk ketiga-tiga fakulti iaitu FKAAS, FKEE dan FKMP adalah gaya pembelajaran visual dengan nilai skor min yang tertinggi. Dari Ujian T perbezaan di antara gaya pembelajaran paling dominan dengan jantina pelajar dan menunjukkan tiada perbezaan yang wujud. Ujian korelasi Pearson yang digunakan untuk mengenal pasti hubungan di antara gaya pembelajaran paling dominan dengan pencapaian akademik pelajar menunjukkan tidak terdapat hubungan di antara gaya pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar. Kesimpulannya majoriti pelajar kejuruteraan bagi ketiga-tiga fakulti lebih cenderung kepada gaya visual tanpa mengira faktor jantina, namun gaya ini tidak mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik pelajar. Oleh yang demikian dalam meningkatkan keberkesanan P&P bagi meningkatkan prestasi, kepelbagaian gaya perlu digunakan mengikut kesesuaian keadaan.