Persepsi pelajar ijazah sarjana muda kejuruteraan di KUiTTHO terhadap jadualwaktu di luar wakil rasmi : satu tinjauan
Jadual waktu kuliah merupakan elemen yang penting dalam mengerakkan sesuatu proses pembelajaran. Jika jadual waktu kuliah tidak disusun dengan baik, maka ia boleh membawa masalah kepada pelajar. Justeru itu, pengkaji telah membuat satu kajian bertajuk " Persepsi Pelajar Ijazah Saijana Muda K...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2003
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9144/1/24p%20NORBAINI%20MOHAMED.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9144/2/NORBAINI%20MOHAMED%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9144/3/NORBAINI%20MOHAMED%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Jadual waktu kuliah merupakan elemen yang penting dalam mengerakkan
sesuatu proses pembelajaran. Jika jadual waktu kuliah tidak disusun dengan baik, maka
ia boleh membawa masalah kepada pelajar. Justeru itu, pengkaji telah membuat satu
kajian bertajuk " Persepsi Pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan Di KUiTTHO
Terhadap Jadual Waktu Di Luar Waktu Rasmi: Satu Tinjauan". Kajian ini bertujuan
untuk mengenalpasti pandangan pelajar terhadap jadual waktu kuliah yang diadakan di
luar waktu rasmi. Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah pelajar Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn yang terdiri daripada pelajar Ijazah Saijana Muda
Kejuruteraan Awam, Mekanikal dan Elektrik. Instrumen kajian berbentuk soal selidik
dan temubual. Data dianalisis menggunakan kaedah statistik diskriptif dengan bantuan
perisian SPSS. Analisis kajian ini berdasarkan skor min. Dapatan kajian telah
menunjukkan pelajar kurang setuju sekiranya kelas pada waktu malam dielakkan dengan
skor min (3.23). Skor min (3.68) menunjukkan pelajar setuju sekiranya kelas pada hari
Sabtu dan Ahad dapat dielakkan. Pelajar juga setuju sekiranya jadual waktu kuliah yang
diadakan antara jam 1.00 tengahari hingga 2.00 petang dapat dielakkan dengan skor min
(3.52). Begitu juga, skor min (3.57) menunjukkan pelajar setuju sekiranya kuliah yang
diadakan antara jam 6.00 petang hingga 7.00 malam dapat dielakkan. Secara
keseluruhannya, jadual waktu kuliah yang diadakan di luar waktu rasmi tidak dapat
diterima oleh kebanyakan pelajar Ijazah Saijana Muda Kejuruteraan di KUiTTHO. |
---|