Pembangunan elemen kompetensi kemahiran hijau bagi pelajar teknologi pembinaan di Kolej Vokasional

Kemahiran hijau merupakan kemahiran yang perlu ada pada semua peringkat umur dan ianya mendasari semua bidang. Individu yang memasuki industri mesti dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi berkaitan dengan kemahiran hijau. Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan untuk membangu...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Nor Azizi, Muhammad Iqmalhakim
格式: Thesis
語言:English
English
English
出版: 2021
主題:
在線閱讀:http://eprints.uthm.edu.my/933/1/24p%20MUHAMMAD%20IQMALHAKIM%20BIN%20NOR%20AZIZI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/933/2/MUHAMMAD%20IQMALHAKIM%20BIN%20NOR%20AZIZI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/933/3/MUHAMMAD%20IQMALHAKIM%20BIN%20NOR%20AZIZI%20WATERMARK.pdf
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kemahiran hijau merupakan kemahiran yang perlu ada pada semua peringkat umur dan ianya mendasari semua bidang. Individu yang memasuki industri mesti dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang mencukupi berkaitan dengan kemahiran hijau. Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan untuk membangunkan elemen kompetensi kemahiran hijau bagi pelajar Teknologi Pembinaan di kolej vokasional. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif bersifat penerokaan berurutan. Kajian ini dijalankan dalam dua fasa dimana fasa pembangunan elemen (fasa pertama) menggunakan kaedah temu bual dan dianalisis menggunakan analisis tematik dan analisis matriks manakala bagi fasa pengesahan elemen (fasa kedua) menggunakan borang persetujuan pakar bagi mendapatkan data dan dianalisis menggunakan Fuzzy Delphi Method. Hasil daripada temu bual yang melibatkan tiga orang pakar telah menghasilkan 34 kod selepas dianalisis menggunakan analisis tematik. Hasil daripada analisis matriks telah menghasilkan 45 item kompetensi kemahiran hijau bagi pelajar Teknologi Pembinaan di kolej vokasional. Sebanyak 41 elemen kompetensi kemahiran hijau bagi pelajar Teknologi Pembinaan di kolej vokasional telah mendapat persetujuan dan diterima oleh 10 orang pakar. Impak terbesar dalam kajian ini adalah untuk menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran hijau bagi menghadapi industri hijau setelah tamat pengajian di kolej vokasional. Kata Kunci: Kemahiran hijau; Kompetensi; Teknologi Pembinaan; Fuzzy Delphi Method.