Cabaran-cabaran dalam pendidikan yang dihadapi oleh pelajar sarjana: tinjauan ke atas pelajar sarjana pendidikan (teknikal) di KUiTTHO

Kajian ini adalah usaha untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO. Aspek penting dalam cabaran tersebut terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu aspek Institusi, Situasi dan Psikologi. Selain daripada itu aspek perbezaan cabaran tersebut yang...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Osman, Asmiza
格式: Thesis
语言:English
English
English
出版: 2001
主题:
在线阅读:http://eprints.uthm.edu.my/9398/1/24p%20ASMIZA%20OSMAN.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9398/2/ASMIZA%20OSMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9398/3/ASMIZA%20OSMAN%20WATERMARK.pdf
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:Kajian ini adalah usaha untuk mengenalpasti cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) KUiTTHO. Aspek penting dalam cabaran tersebut terbahagi kepada 3 aspek utama iaitu aspek Institusi, Situasi dan Psikologi. Selain daripada itu aspek perbezaan cabaran tersebut yang dihadapi oleh pelajar mengikut jantina juga turut dikaji. Seramai 180 pelajar Saijana Pendidikan (Teknikal) iaitu lebih kurang 54% daripada populasi telah dipilih sebagai responden. Pemilihan dibuat secara rawak dan dipilih daripada pelajar saijana lelaki dan wanita semester I, II dan III Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu A (demografik), B (cabaran Institusi, Situasi dan Psikologi) dan C (Pendapat Umum). Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik dianalisa dalam bentuk min, ujian T dan ANOVA Satu Hala. Keputusan dibentangkan dalam bentuk jadual dan rajah. Dapatan kajian menunjukkan tidak ada faktor cabaran yang muncul menjadi cabaran utama dalam pendidikan. Selain itu tidak wujud perbezaan pendapat terhadap cabaran pendidikan dewasa antara pelajar saijana lelaki dan wanita.