Kajian terhadap kemahiran berfikir dan gaya pembelajaran dikalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2 Sesi 2001/2002 di KUiTTHO
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dan gaya pembelajaran yang diamalkan di kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2 Sesi 2001/2002 di KUiTTHO. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti teknik pengajaran y...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | Thesis |
Language: | English English English |
Published: |
2001
|
Subjects: | |
Online Access: | http://eprints.uthm.edu.my/9404/1/24p%20HASBULLAH%20IBRAHIM%20%40%20AB.%20RAHMAN.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9404/2/HASBULLAH%20IBRAHIM%20%40%20AB.%20RAHMAN%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf http://eprints.uthm.edu.my/9404/3/HASBULLAH%20IBRAHIM%20%40%20AB.%20RAHMAN%20WATERMARK.pdf |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif dan gaya pembelajaran yang diamalkan di kalangan pelajar
Diploma Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2 Sesi 2001/2002 di KUiTTHO. Di
samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk mengenalpasti teknik pengajaran yang
dipraktikkan oleh pensyarah. Seramai 122 orang responden yang terdiri daripada 103
orang pelajar dan 19 orang pensyarah yang telah dipilih secara rawak terlibat dalam
kajian ini. Instrumen yang digunakan adalah dalam bentuk soal selidik yang
dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu maklumat demografi pelajar, tahap kemahiran
berfikir, gaya pembelajaran dan teknik pengajaran yang diamalkan. Data-data
dianalisa dengan menggunakan pakej perisian SPSS (Statistical Packages for Social
Sciences) versi 10 bagi mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan skor min. Hasil
kajian dipersembahkan dalam bentuk jadual, carta dan rajah. Hasil kajian
menunjukkan bahawa pelajar mempunyai tahap kemahiran berfikir yang positif atau
tinggi dengan nilai skor min yang melebihi 3.50. Hasil kajian juga menunjukkan
pelajar lebih berminat mengamalkan gaya pembelajaran reflektor dengan peratusan
tertinggi iaitu 50 peratus berbanding dengan gaya pembelajaran lain. Para pensyarah
pula bersetuju (nilai skor min melebihi 4.0) dan menekankan 4 perkara asas dalam
teknik pengajaran iaitu set induksi, penyampaian isi pelajaran, penutup dan penilaian.
Beberapa cadangan dikemukakan untuk membantu pihak-pihak tertentu dalam usaha
meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kemahiran berfikir dan gaya
pembelajaran. |
---|