Analisis pembangunan kemahiran berfikir di kalangan pelajar pendidikan teknik dan vokasional dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan modul pembelajaran kendiri mekatronik

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap peinbangunan kemahiran berfikir di kalangan pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK). Aspek-aspek yang dikaji merangkumi tahap kecenderungan berfikir pelajar, t...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abdul Ghani, Aznida Wati
Format: Thesis
Language:English
English
English
Published: 2003
Subjects:
Online Access:http://eprints.uthm.edu.my/9407/1/25p%20AZNIDA%20WATI%20ABDUL%20GHANI.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9407/2/AZNIDA%20WATI%20ABDUL%20GHANI%20COPYRIGHT%20DECLARATION.pdf
http://eprints.uthm.edu.my/9407/3/AZNIDA%20WATI%20ABDUL%20GHANI%20WATERMARK.pdf
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis tahap peinbangunan kemahiran berfikir di kalangan pelajar Pendidikan Teknik dan Vokasional dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berbantukan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK). Aspek-aspek yang dikaji merangkumi tahap kecenderungan berfikir pelajar, tahap pembangunan kemahiran berfikir pelajar, tahap kebolehgunaan dan implikasi MPK terhadap kriteria kemahiran kreativiti pelajar. Kajian ini dilakukan secara deskriptif melalui soal selidik dan temubual. Menggunakan dua kumpulan responden iaitu pelajar dan guru, dua set soal selidik dan tiga soalan temubual yang dibina telali diedarkan kepada 180 orang responden pelajar dan 15 orang responden guru termasuk 2 orang responden temubual, yang telah dipilih secara rawak dari bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa tahap kecenderungan berfikir pelajar di tahap sederhana dan pelajar cenderung untuk berfikiran sempit dalam proses pembelajaran, manakala tahap pembangunan berfikir pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan MPK, tahap kebolehgunaan dan implikasi MPK terhadap pembangunan kriteria kemahiran kreativiti adalah tinggi. Ini menunjukkan bahawa MPK yang disediakan dapat membantu pembangunan kemahiran berfikir dalam P&P.